RSS Feed

‘breastfeeding’ Category

  1. Betul ke Anak Menyusu ?

    January 21, 2012 by arin

    Selalu kita as ibu yang menyusukan anak akan tertanya-tanya..

    “macamana kita nak tahu anak kita menyusu betul?”

    ” nak melekap betul ke ? “

    Hari ni, aku dok surf internet , and ter’stumble ‘ website ni :

     http://www.breastfeedinginc.ca/content.php?pagename=vid-reallygood

    This baby is drinking very well at the breast. The pause in the chin as the baby opens his mouth to the maximum, just before closing his mouth, indicates his mouth is filling up with milk; the longer the pause, the more milk the baby is taking in. Thus, it is obvious that the advice to feed the baby 20 minutes (10 minutes, 30 minutes, whatever) on each makes no sense. A baby who drinks as this baby drinks for 20 minutes on the first side could easily refuse to take the second side since he would be full. Even a shorter period of time drinking as he does could easily fill him up.

    So ibu-ibu, bakal ibu sila tengok video di website ni. ..pastikan anak kita menyusu dengan cara yang betul. :)


  2. Malas ? Pentingkan Diri Sendiri ?

    January 20, 2012 by arin

    Ni actually tajuk artikel di Berita Harian semalam.Bahagian Ratu. Adakah sebab malas nya si ibu, maka hak anak dinafikan begitu aja?

    Artikel yang panjang . Dalam 3 muka surat membincangkan kempen penyusuan susu ibu.

    Sekarang ni,ramai mak-mak berlumba nak menyusukan anak.Sebelum anak lahir dah dig seberapa info yg boleh pasal breastfeeding.Yang ibu bekerja,dok tanya pasal pump , penyimpanan susu dan sebagainya.

    Tapi ramai juga yang bersungguh-sungguh menyusukan sewaktu dalam pantang (2-3 bulan ) . Tapi lepas start keje, semua dah jadi malas.Mungkin kekangan masa waktu keje.Lupa nak pump.Penat nak pump kat opis.Takde tempat simpan susu kat opis.Tu yang bila jadi gitu,semua nya jadi down.

    Antara yg di tulis dalam artikel ni pun,adalah mitos pasal susu ibu.Memang betul.Ada yang masih percaya segala mak nenek mitos tu. :)

    So pada yang ingin/masih menyusukan anak,dapatkan info yang betul .

    Selamat Breastfeeding !

    kempen penyusuan susu ibu

    kempen penyusuan susu ibu

    kempen penyusuan susu ibu

    kempen penyusuan susu ibu

    Posted from WordPress for BlackBerry.


  3. Apa Akak Makan Ya?

    January 17, 2012 by arin

    Tadi waktu kat rumah mama, ada seorang ibu muda yang anak nya baru berusia 3 bulan . Waktu lepak-lepak dok main ngan baby Ahmad ni , ibu muda ni – Seha , tanya aku ..” Kak arin makan apa ya?sebab sampai sekarang susukan Harith ” . Jawapan aku senang je ” Tak makan apa-apa pun, tapi make sure makan semua la. Sayur+daging+ikan + ayam ” .

    And also aku dok bagitau dia macamana supply and demand process dalam breastfeeding tu . Terang kan kat dia bebetui . Taknak disalah erti kan dengan macam-macam perkara . Ye la , zaman sekarang kalau tak diterangkan dengan betul, orang mudah ambil sahaja info tanpa merujuk mana-mana.Teringat aku few weeks back, dalam twitter aku telah mencetuskan isu hot dan ‘bertekak’ juga ngan blogger yang kononnya paling famous dalam dunia blogging ni. Sebab aku rasa , tak salah aku memberi dia info ,  yang aku mmg pasti info aku betul mengenai breastfeeding ni . Dan tetiba as usual, she won’t accept it and standard la ingat semua benda dia tau kot . Dek kerana tweet aku tu, telah trigger juga beberapa orang ibu yang pro breastfeeding ni memberikan info yang sama seperti aku berikan . Tapi malas nak panjang lebar kan, sebab orang jenis gini , ko bagi lah 1001 info, dia marasakan diri dia je yang betul . And tweet dia yang sekarang ni aku cukup tak berkenan sebab ia akan mislead  especially ibu-ibu muda yang baru nak berpantang atau baru nak breastfeed anak . Susah kan?

    Tu la, pada ibu-ibu tak kira anak satu, anak 4 atau apa pun , info mengenai breastfeeding ni luas. Kalau takde internet connection kat rumah , every month bila bawa baby check up , seek for advice from nurses atau docs. Kalau gi check up kat Klinik Kesihatan , memang nurses akan berikan sebanyak mana info yang diperlukan bab breastfeeding ni . Waktu aku selalu bawak Harith check up every month di Klinik Kesihatan Tanjung Kling , nurses memang banyak membantu . Although segala info tu ada antara nya pernah dikongsi bersama sewaktu Perjumpaan Kumpulan Sokongan Kelab Susu Ibu Melaka. Jangan mudah ambil saja info . Contoh nya orang dedulu dok cakap ” makanan orang berpantang kena makan ikan bilis + nasi panas-panas je ” . Ikut logik la, takkan itu je makanan kita nak makan. Macamana kita nak produce susu ibu yang berzat , yang lemak berkrim untuk baby kita . Kalau kita hanya makan itu je . And ada lagi satu info yangs elalu orang tua-tua dok suh buat ” Jangan minum banyak, nanti badan kembang ” . Lagi sekali , kalau kita tak minum banyak , badan kita akan lebih mudah kering kerana at the same time kita menyusukan baby . So, macamana juga susu nak terhasil kalau badan kita sendiri dok asik kering je? Betul kan? So zaman sekarang ni , takyah dah ikut sangat petua lama tu. Ada saluran betul ( internet , buku , rakan sokongan, nurses / doktor ) sila tanya dan cari jawapan pada setiap soalan yang bermain dalam kepala. Even kalau dalam FaceBook dah banyak page “Kelab Susu Ibu ” . dan bermacam lagi yang pro breastfeeding ni .

    So, pada ibu-ibu yang nak menyusukan anak – good luck! Pastikan anda mendapat info yang betul .


  4. Support Group Meeting Januari 2012

    January 10, 2012 by arin

    Untuk bulan Januari 2012, Perjumpaan Kumpulan Sokongan ( Support Group Meeting ) akan di adakan pada 15hb Januari 2012 bertempat di Taman Seribu Bunga . Tajuk pada kali ini adalah : Penyimpanan dan Pengendalian Susu Perahan Ibu ( Breastmilk Management ) .  Semua di jemput hadir dan ianya adalah PERCUMA.


  5. Hampir 10 Bulan..

    November 27, 2011 by arin

    Lagi 3 hari,Sufian Harith akan menjejaki umur 10 bulan.Alhamdulillah,aku masih breastfeed dia dan alhamdulillah sangat-sangat sebab sepanjang 10 bulan ni aku tak berdepan dengan masalah hendak menyusukan harith.Cuma bila aku period atau sebelum period nak mai,memang perasan dia akan menyusu ngan kadar yang lama.Kejap-kejap nak menyusu.Mungkin juga sewaktu period tu kadar susu tak sebanyak biasa.Maybe..

    So,harapnya dapat la aku meneruskan menyusukan harith sehingga dia 2 tahun.Insya allah..

    Development dia?Makin laaaaasssaaaakkkk!Phew!!!

    :)