Hari ni rata-rata dok cakap pasal isu blog dan kaya dan kena kejar LHDN ( sila la baca Berita Minggu ) . Anyway aku malas ar nak komen pepanjang . Income pon ciput kecik je dari blog .
Aku start blogging tahun 2007 . Time tu pakai blogspot. Time tuh takde pon blogger-blogger yang dok tulis ” macamana nak naikkan Buffered Earnings ” , ” berapa banyak Buffered Earnings dapat minggu ni ” , ” nak pilih Nuffnang , Innity , Advertlets ke ” . Around that time, semua berkisar pasal hal sendiri, hal semasa, hal keluarga dan lelain . Best baca coz we know passion seseorang untuk berblog tu macamana .
pix :http://www.uncoverage.net/wp-content/uploads/2010/08/Blogger-cartoon.gif
Then as masa berlalu , dah ramai ada blog . Still ada yang maintain genre apa yang diorang nak tulis , ada yang bertukar dan terikut-ikut macam blog hiburan lak ( untuk mendapat hits keyword ) , ada yang asik-asik dok bermegah dengan Buffered Earnings yang depa dapat , ada tu dulu dok cite hal sekeliling & keluarga alih-alih sekarang dah macam blog iklan lak dan macam-macam lagi . But , apa nak kisahkan, blog tu bukan kita yang tulis, Tuan empunya yang tulis, suka hati dia la nak tulis apa .
Tahun 2009 , aku bertukar pada dot com . Still maintain nama lemprica ni . Kenapa tukar pada dot com? Since kadang-kadang datang mabuk aku buh gambar banyak-banyak, so space wise, memang berbaloi la amik dot com rather than stick to blogspot. Sebab blogspot ada had untuk images jugak . Besides, saje nak tukar angin. Bila dah ada dot com sendiri, macam-macam kita leh explore blog kita. Nak letak 1001 widgets pon takde hal . Tapi idak le aku letak. Buat jadi masalah loading le pulak .
Anyway , berbalik pada tajuk. Boleh kaya ke dengan tulis blog ni? Pandai cari duit, pandai bagi space untuk para pengiklan , pandai cari lubang-lubang untuk buat review maka banyak la duit yang di dapat . Kalau dak, kita maintain la dengan apa yang ada . Nama pun blogger. So, pepandai la . Tapi jangan la menunjuk . Kita kena selalu fikir, hidup ni macam roda. Tak selalu kita ni dok kat atas. Esok , lusa atau tulat berdebup kita jatuh, ramai pembaca kita yang senyap atau tidak , yang tepuk tangan . So dari ramai yang tepuk tangan, baik la kita ni maintain low profile even though kita buat duit kaya raya ngan hanya ber blog . Lagi satu , kita ni hidup atas dunia ni kejap je. Sok lusa kalau kita takde, 6 kaki ke bawah jugak la tempat kita . So dari kita bermegah dengan hasil kaya raya blog kita, baik juga kita beringat-ingat . Betul tak ?
So, pada aku, nak tulis blog, passion kena tinggi . Kena tau kenapa kita nak menulis . Good luck pad amereka yang baru nak berjinak-jinak untuk menulis blog!












