Kereta hitam tu, bukan kereta kami . Tapi nampak tak nun tu ada kereta kaler choc. Tu kereta kami . Parking bertentangan depan rumah .
So, tell me now, camne aku nak masuk porch rumah kalau ada kereta betul-betul parking depan gate rumah yang terbuka?
Ni insiden pagi tadi. Hantar anak ke sekolah . As usual, gate tak di tutup sebab sekolah dekat , perjalanan kejap. Bila balik, aik, nampak baik nya kereta Saga ni parking betul-betul depan rumah . So, aku hon. Sebab sebelah rumah aku ada gerai makan yang memang pepagi ramai manusia makan kat situ . No one respond. Tak mungkin makcik rumah sebelah . Sebab kereta anak-anak makcik sebelah takde yang drive Saga.
Ok, kita masuk je le. Kereta parking tepi jalan . Sliding door memang terbuka and pintu kecik pun aku buka. Nak usha siapa empunya kereta. Sesambil dok kemas mainan budak-budak ni yang memang berkepah kat hall rumah , dengar-dengar orang start enjin and berlalu gi . So, aku cecepat ke gate and bawa kunci kereta sebab memang nak masukkan kereta. Nampak kereta Saga hitam tu benti tepi gerai makan ,and ada org masuk dalam kereta. So? Conclusion nya..kereta tu hanya lah park depan gate rumah untukĀ gi makan kat gerai sebelah . Patut tak aku rasa macam nak hempuk je kereta tu?Atau tuan kereta tu?
Kalau ya pun lapar sangat , tak tahan dah perut tu nak menanggung lapar, before parking untuk gi makan, pastikan :
1. bukan park depan gate rumah orang lain . Macamana tuan rumah nak keluar masuk kereta?
2. kalau ya pun nak parking depan rumah, pastikan tidak menghalang gate. Sebab kalau tuan rumah nak keluar masuk, susah.
3. be sensitive sikit. sikit je, tak banyak pun . Kalau kita rasa kita parking tepi jalan , and dengar orang dok hon. Angkat sikit kepala and tengok “kereta aku ke kena hon?” .
Oh mai..bersabar je le aku di pagi jumaat ni .
Selamat hari Jumaat semua!























