Ikan Bakar Muara Sungai Duyong
Semalam, kami dinner di sini.Nasib baik mai awal before kol 7pm.Ingat kan hari isnin, tak ramai orang.Tapi tekaan meleset.Banyak meja yang dah direserved.
Anyway, makan malam semalam mmg menjilat jari.Tapi nasi lemak nya , bungkusan makin mengecil pulak.6 kali suap masuk mulut, dah settle.Aku nye portion nasi lemak semalam je , 3 bungkus.pastuh dok ratah lauk je keje.
Ahtok n Tokma order, ikan siakap sweet sour, ikan siakap tak tau apa menu nama, ketam cili, sotong grg.Licinnnnn habis.Memang marbeles le.Agak nya , orang lom ramai serbu, tukang masak , masak on mengikut ramuan nya.Hehhehe..
Macamana nak ke Ikan Bakar Muara Sg Duyong nih?
Ok, kalau dari arah Melaka, sila ikut lebuhraya AMJ dan terus kan perjalanan macam nak ke Muar.Bila nampak je Esso kat sebelah kanan, buat u-turn kat traffic light tuh.
Then, bila dah u-turn, jalan terus sampai lepas je jejantas , maintain kiri ada tulis signboard Taman Pertam Jaya.Masuk simpang tu and jalan terus sehingga nampak traffic light.Kat traffic light, sila amik kiri.
Jalan terus dan akan pass by jambatan . Lepas je jambatan sila masuk simpang ke kanan.Masuk je simpang tu mmg dah nampak muara sungai, bot-bot banyak kat sebelah kanan jalan.Jalan je terus sampai nampak Restoran Ikan Bakar, Muara Sungai Duyong. Parking je kereta kat tepi2 jalan tu.Beware, jalan masuk adalah sangat sempit.So kalau sampai ke sini malam, hati-hati waktu keluar/masuk.
Kalau nak ke sini datang arah Mahkota Parade/Bandar Hilir, lalu je jalan Ujong Pasir dan akan jumpa jugak jambatan yang di mention kat atas tadi.
Kenapa rekomen makan sini dan bukan Umbai atau Serkam?
Sebab harga nya amat berpatutan.Total kami makan tadi adalahM170 untuk 7 orang dewasa makan.Berpatutan kan?















yg kedai dia batu tu kan?? ujung jalan? kalau yg tu mmg dah sampai. mmg tak rugi. adeh… teringat2 sotong goreng tepungnya… huhhuhu
Zana´s last blog ..Ready To School??
zana: haah..satu tuh je kedai kat muara sg duyung nih..ujung jalan..