Lemprica.Com

It's All About Me And You

Ke Gold Coast Morib

Ini kira nya cuti-cuti sekejap selepas ber hari raya hari tu. Rasa nya dalam 7 syawal kami dah berjalan-jalan cuti .

Mulanya plan nak ke arah Johor. Tapi memang tak nak pergi ke Legoland dan seangkatan. Sebab nya, tunggu Harith besar sikit baru syok . And ingat nak ke area Desaru ke apa, tapi bila dah fikir ( and of course kena buat budget, bukan main redah je ) , aku pun dok usha Gold Coast Morib ( GCM ) . Yang penting anak-anak enjoy . So , bila dah decide untuk ke GCM ni , mula lah cari bilik . And macam biasa kita book online je. Tapi bila ke website GCM, tarikh yang aku nak , fully booked. And the package mmg berbaloi. Termasuk tax RM168.Package termasuk – 2 adults wristband untuk ke water theme park , 2 adults breakfast . Berbaloi. So, bila usha segala semua online web, semua package lebih mahal..sampai lah aku teringat Asiarooms.Com . Tap tup , ada bilik and same package . Yeehaaa.Mari kita booking.

So , waktu dah sampai GCM tu , check in was smooth . Manusia? Pergh..ramai . Dah macam waktu kitaorg nak check in bilik kat First World Hotel Genting gayanya. Seramai itu and line panjang. Tapi bahagian receptionist bukak 3 kaunter, so mana yang lambat tu selalunya booking banyak gila bilik . Dah dapat kunci bilik , bukan terus2 leh lepak atas katil. Sebab bilik lom lagi housekeeping kemas and bersihkan. Padahal time tu dah jam 3pm . Tapi sebab kami gi peak time – cuti panjang dek Hari Raya dan cuti sekolah , so memang takyah lah nak bising-bising sangat. Bebudak housekeeping tu pun aku ngk bertungkus lumus kemas. Walaupun dah lambat kemas, diorang tetap mop sental bilik. Terima kasih .

Dalam jam 4pm tu , bilik kami belum lagi di kemas , tapi bebudak dah meresah . Laki ku pun suruh tukarkan baju bebudak ni , biar dia bawak bebudak ni turun ke water theme park . tap tup diorang turun ber empat, aku jaga bilik . Tapi memandangkan till 5.30 pm pun bilik lom siap ( bebudak housekeeping ada mengemas kat level aku tu dari jam 4pm ) so..aku decide to turun join laki ku + anak2 and tinggalkan barang dalam bilik . Mana yang berharga kita masuk safety box .

ini lah bilik di Gold Coast Morib . Bilik kami menghadap water park.

ini lah bilik di Gold Coast Morib . Bilik kami menghadap water park.

Dekat jam 7pm , baru kami naik. Anak-anak dah kecut segalanya. Tu pun masih lagi nak berendam . Heheheheh..Walaupun orang ramai , tetapi keadaan sekitar waterpark memang bersih  . Terjaga sungguh . Memang rasa berbaloi .

meriah.anak-anak enjoy main di sini.

meriah.anak-anak enjoy main di sini.

Oh , di sini , hanya Hanum di kenakan bayaran ( kanak-kanak) untuk masuk ke Water Theme Park dan untuk breakfast . For breakfast dia dikenakan RM18 dan untukwater theme park RM20. Di bawah senarai harga tiket.

harga tiket water park di Gold Coast Morib

harga tiket water park di Gold Coast Morib

Overall memang puas hati di sini. Breakfast spread memang berbaloi banyak . Tapi sila lah turun awal. Luckily kami anak beranak jenis bgn awal , takde masalah nak kejutkan diorang . And bila turun di cafe , orang masih belum ramai.

Lepas makan breakfast , jalan- jalan di sekitar situ . Dapat lah bebudak ni main pasir .

main pasir . laut surut time ni .

main pasir . laut surut time ni .

 

Anyway , untuk pengetahuan , wristband tu kena pakai sentiasa till check out . Tidur pun pakai tak leh tanggalkan. Sebab ianya valid till the day kita check out . So merasa lah tido pun ada wristband.lol.

Kepada sesiapa yang teringin nak ke sini , rajin-rajin lah usha Streetdeal.com , Groupon.com , LivingSocial.com for good promo or boleh je booking kat web Gold Coast Morib je sebab diorang pun selalu buat promo . Good luck!

2 Comments on Ke Gold Coast Morib

  1. Elyn
    30/08/2013 at 08:26 (8 months ago)

    Excited nak gi sini tp kene plan bebaik so bleh pi ngan adik badik. Baru meriah. Btw tq bg info ni

  2. arin
    30/08/2013 at 12:02 (8 months ago)

    elyn: kalau rajin , jenguk2 la streetdeal, groupon, livingsocial, mydeals and byk lagi.selalu ada promo.baloi.

Leave a reply