Lemprica.Com

It's All About Me And You

Bengkak Susu atau Engorgement

Hari sabtu malam ,aku menerima sms mengatakan ada seorang ibu ( first time mum ) mempunyai masalah mengenai breastfeeding . Baby tak nak latch , asyik menangis . Ibu meminta aku datang melawatnya sebab dah stress and runsing sangat . So , semalam tengahari pergi melawat ibu ni . Dan tekaan ku tepat. Engorgement!

Kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak , tak kira anak first -second-third atau berapa ramai pun , masalah engorgement ni akan berlaku .

Ada ibu yang akan bertanya : Apa itu engorgement?Apa itu bengkak susu ?

Jawapan : Apabila penghasilan susu terlalu banyak , dan baby kita tidak menyusu mengikut kadar waktu sepatutnya , maka breast kan membengkak. Susu banyak terhasil tetapi tidak banyak pengeluaran . Apa bila breast membengkak , maka kita akan terasa sakit +tidak selesa di bahagian breast dan apa yang menambah risau lagi apabila baby taknak latch untuk menyusu . Perkara ini memang akan terjadi. baby rasa tidak ‘best’ untuk menyusu .

Terdapat pelbagai sebab juga mengapa engorgement berlaku selain baby tidak menyusu mengikut waktu sepatutnya antaranya plugged ducts. Plugged ducts pula adalah bila liang-liang pengeluaran susu kita ditutupi oleh kekotoran. So, susu banyak terhasil , tapi ‘jalan keluar’ nya adalah sedikit. Maka engorgement akan berlaku .

bengkak susu

dan yang paling penting adalah , kita perlu memastikan baby latch/melekap dengan betul.

So, bila dah terjadi sebegini , apa yang perlu kita lakukan ?

Apa yang biasanya aku lakukan dan juga berikan nasihat pada ibu-ibu ni :

1. Gunakan kobis . Letakkan sehelai daun kobis di breast yang membengkak itu . Insya allah akan menjadi lembut . Tapi jangan lah letak lama sangat .

2. Gunakan hand expression untuk mengeluarkan susu . Kenapa tak guna pump je?

     Boleh guna pump , tapi stimulation menggunakan tangan adalah lebih cepat dari menggunakan pump . Tak percaya ? Sila lakukan. And tengok hasilnya . :)

Kaedah menggunakan hand expression untuk mengeluarkan susu

3. Menyusu baby sekerap yang mungkin . Mungkin setiap setengah jam – 2 jam .

4. Cold compress breast anda. Ianya dapat mengurangkan bengkak pada breast . Macamana nak buat ? Ambil ice pack dan letakkan di bahagian breast yang membengkak .Buat few minutes dan insya allah kesakitan + bengkak akan surut.

Mungkin banyak lagi cara yang boleh mengurangkan bengkak susu ini , tetapi ini antara cara yang selalu dilakukan .

Kepada ibu-ibu yang mempunyai permasalahan mengenai breastfeeding atau hendak bertanya apa-apa mengenai breastfeeding , join la facebook Kelab Penyusuan Susu Ibu Melaka —- http://www.facebook.com/KelabSusuIbuMelaka

Leave a reply