Lemprica.Com

It's All About Me And You

Makan-makan Di Taiping

Semalam aku ada tweet pasal tempat makan di Taiping dan Kamunting. Antaranya Bihun Sup RM1 dan Mee Rebus RM2 di kamunting,taiping.Exact location sebelah je Petronas Kamunting.ada banner kecik tulis Bihun Sup RM1.Amcam rasanya?Sedap.sup daging yang pekat.Ada gak hirisan daging even harganya RM1 je.Mee rebusnya pun boleh tahan sedap.ada gak isi kandungnya even harganya hanya RM2 je.

Itu cerita minum petang kami.Sebelah malam pula,berjanji jumpa dengan Abang Pulah-cousin hubbyku di Kueytiaw Doli.Lokasinya berdekatan dengan Bomba kat bandar Taiping.Kedai yang selesa siap ekon bagai.Rasanya pun boleh tahan sedap.pada yang pernah makan Kueytiaw Doli kat TTDI tu,original kueytiaw Doli asal dari Taiping le.Sepinggan kueytiaw goreng biasa hanya RM4 manakala kalau nak special nya – RM9 sepinggan.

Pagi tadi,as usual hotel ada bagi breakfast.Walaupun spread tak luas,tapi makanan memang berasa.Puas hati le.Takde le rasa flat je foods nya. :)

Pastu dah pusing-pusing bandar Taiping,kami singgah ke Cendol Bismillah dekat ngan Sekolah St George Taiping.Antara cendol yang femes di area Taiping ni. :)

Ni antara pixs yg ada :

zara tengah menikmati bihun sup RM1 di kamunting,taiping

zara tengah menikmati bihun sup RM1 di kamunting,taiping

kueytiaw doli di taiping

kueytiaw doli di taiping

kueytiaw Doli - goreng biasa,RM4 sepinggan

kueytiaw Doli – goreng biasa,RM4 sepinggan

asyik hanum membuat roti bakarnya sendiri waktu breakfast..

asyik hanum membuat roti bakarnya sendiri waktu breakfast..

cendol di Bismillah berdekatan dengan sekolah menengah St George,taiping

cendol di Bismillah berdekatan dengan sekolah menengah St George,taiping

lokasi kedai cendol berdekatan dengan sekolah st george

lokasi kedai cendol berdekatan dengan sekolah st george

Posted from WordPress for BlackBerry.

4 Comments on Makan-makan Di Taiping

  1. cahya indah
    28/09/2011 at 23:20 (3 years ago)

    wahh..walaupun kampung cahya kat Taiping, tapi tak pernah makan kat tempat2 ni. selalu pegi kat Bomba tu makan kat gerai makan yang banyak tu je..makan Yong tau Foo..sedaps. ada laksa sedap jugak kat Taiping, sorang pakcik ni jual kat area kaki Bukit Larut. tak ingat dia jual bawak motor ke basikal.
    mengidam dah ni..harus balik Taiping lepas ni..hehe.

  2. arin
    28/09/2011 at 23:45 (3 years ago)

    Cahya:nanti singgah la tempat2 ni..cuba test makan.. :)

  3. einazarina
    04/02/2012 at 12:03 (3 years ago)

    tak sabar nk blk tepeng nie…teringin plak nk merasa mknn kt doli tu. thanks for the info.
    terus follow blog nie..slm perkenalan=)

  4. arin
    05/02/2012 at 12:01 (3 years ago)

    Welcome. :)

Leave a reply