Lemprica.Com

It's All About Me And You

Resepi Paling Simple – Nasi Ayam

Semalam petang tetiba teringin sangat nak nasi ayam. Selalu nya , port fav Nasi Ayam kami adalah di Penang Char Kuey Tiaw near to Hospital Melaka / Masjid Al-Azim. Memang situ , ayam serta nasi nya betul-betul kena kat anak tekak aku.

Anyway, semalam since dalam fridge ada ayam so, decided to masak nasi ayam je. Bukan susah pun. Yang penting kena creative. Unless memang dah planned dari semalam , hari ni nak masak nasi ayam maka boleh la semua mak nenek diadakan/dibeli . Aku nya kes, semua nya unplanned.

So cemana nak buat nasi ayam yang simple bila tengok kat fridge ada ayam , cili hidup , cili api .Kes aku takde timun/salad je . :p

Memula , apa2 hal kita buat sup ayam dulu . Buat cam biasa , lebihkan air sup nya. Sebab apa nak lebihkan?So that masak nasi tu nanti boleh guna sup ayam instead of air biasa ( macam masak nasi biasa tu ) .

Dah settle sup?Boleh start masak nasi nya. Buh ikut sukatan biasa cuma lebihkan sikit je air nya. Jangan lupa dalam periuk nasi tu, selain dari letak sup ayam tadi , letak juga halia and titikkan sikit kunyit for colour kuning nasi. Yang paling penting, jangan lupa buh garam. Kang tawar lak nasi tak sedap.

Dari sup jugak, keluarkan ayam tu. Tinggalkan la beberapa ketul for sup ayam , amik bahagian yang nak untuk di marinate . Dah amik?Keluarkan kicap manis and kalau ada kicap blackpepper . Semalam aku guna dua jenis kicap ni, gaulkan kat ayam tu dan biarkan sekejap, jangan lupa gaulkan ngan garam jugak. Kang tawar rasa ayam. Kalau lagi lama lagi best. Sebab rasa kicap akan menyerap masuk dalam ayam . Tapi kalau memang perut dah lapar ( cam kes aku ) , biarkan 10 minit je dah ok .

So, dah marinate, gorengla macam biasa. Baki kicap ada kan kat bekas ayam tu?Amik baki kicap tuh, masakkan atas dapur. Buh le dalam pan kecik . Boleh dijadikan cicah kicap ayam nanti .

Untuk cili lak. Version kitaorg sempoi je. Cili hidup + cili api + bawang + sedikit asam . Kasik tumbuk ni semua. Masukkan gula sikit so ada manis-manis masam cili tu. Settle bab cili .

Itu je le resepi nasi ayam paling simple . Takyah nak lorat2. Apa yang ada dalam fridge kita try godek-godek. Kalau ada daun bawang, buh dalam sup. Tabur atas nasi. Kira presentation up la sikit.

Amcam for today, try la buat nasi ayam. Sure anak2 and suami suka. Semalam Hanum makan bertambah walaupun dia hanya makan nasi + sup sahaja. Zara ?Jangan citer le mak nenek tu. Dia ratah ayam nasib baik gigi dia memang kuat. Ngap ngap ngap dia meratah. Laki den?2-3 kali bertambah makan. Aku?Seronot tengok seisi keluarga berselera. Gambau pon tak sempat nak snap. Kekekekeke..

2 Comments on Resepi Paling Simple – Nasi Ayam

  1. dilot
    10/01/2011 at 20:58 (4 years ago)

    hooray!simple aje, i like!!

1Pingbacks & Trackbacks on Resepi Paling Simple – Nasi Ayam

Leave a reply