Lemprica.Com

It's All About Me And You

Kenapa Perlu Alih Suara ??

Waktu tulis entry ni,aku meneman Zara tgk MickeyMouse Clubhouse di TV2. Yup,ada cerita ni di tv2,every friday jam 7pm.

Masalahnya,ianya di alih suarakan?Oh no.Sungguh tak kena.Kenapa tidak dikekalkan je in English? Mickey Mouse Clubhouse adalah antara kartun yang guna simple english dan anak-anak senang nak faham.Ni antara cerita kalau nak mudah ajar anak in English.Ingat lagi waktu Hanum age 1yrs plus till now,she loves to watch mickeymouse clubhouse.Sedar2 ada ayat in english dari cerita tu dia ikut. :)

Aduih,tang lagu pulak dah.Penat telinga aku nak dengar. :p

Posted with WordPress for BlackBerry.

8 Comments on Kenapa Perlu Alih Suara ??

  1. arin
    14/01/2011 at 19:43 (4 years ago)

    Masalahnya kalau 615 tu,part nyanyi still kekalkan lagu in englishkan?and suara bila alihsuara lebih krg ngn ori kan?

    Yang tv2 ni,sesak wooo kepala dgr.suara dah le hampir tak sama.dari start citer sampai abis,dialihsuara.aduih!

  2. wawa
    14/01/2011 at 22:48 (4 years ago)

    huhu tak tengok. bsik lyn mr bean gitu
    .-= wawa´s last blog ..Cara menambah pahala =-.

  3. Zana
    15/01/2011 at 01:12 (4 years ago)

    ha ah! tetiba ari jumaat nie alihbahasa. pagi tadi tgk handy manny cam felik. eh! bahasa melayu??!!

    rasanya hari lain English. mungkin amik sbb daerah yg cuti sekolah jumaat kot…
    .-= Zana´s last blog ..Bila Anak Belajar =-.

  4. arin
    15/01/2011 at 07:57 (4 years ago)

    zana: haah . handy manny pon . baru arin perasan, hari khamis omputih. jemaat alih suara.

  5. anonymous
    21/01/2011 at 19:12 (4 years ago)

    Ini mesti ada kena-mengena dgn usaha martabatkan bahasa kebangsaan. Di kota2 besar spt Kuala Lumpur, ramai orang Melayu cenderung berbahasa rojak, dan perkara ni sudah membimbangkan. Memandangkan ibu bapa sendiri tak tahu pelihara bahasa ibunda, terpaksalah pihak2 lain spt Disney ni yang pikul demi anak2 mereka. Lagi banyak bahasa yang terjaga, lagi amanlah dunia kita.

    Adalah satu kelaziman di merata dunia apabila kartun berbahasa Inggeris dialih suara ke bahasa tempatan. Di Eropah ada bermacam2 bahasa yang bilangan penuturnya jauh sedikit berbanding bahasa Inggeris mahupun bahasa Melayu, jadi hal martabatkan bahasa mereka tu tak boleh dibawa main2. Mereka juga setuju bahasa Inggeris penting sbg bahasa dunia, cuma mereka tetapkan hadnya dlm budaya mereka.

  6. arin
    21/01/2011 at 19:23 (4 years ago)

    Usaha memartabatkan bahasa di sokong tapi guna lah ayat yang sepatutnya.apa guna nak memartabatkan bahasa tapi ayat yang diguna seolah-olah seperti direct translation?

  7. anonymous
    21/01/2011 at 20:36 (4 years ago)

    Apa nak buat, Malaysia punya bidang dabing masih baru dengan kartun orang putih. Dulu asyik kartun Jepun (anime) dan telenovela je, tapi akhir2 ni banyak anime terbaru yg tak elok utk budak kecik, telenovela pun ada adegan2 kontroversi, jadi terpaksalah diorang cari alternatif. Kalau bukan kartun barat, siapa lagi boleh tolong? Industri alih suara tak wajar pentingkan negara/bahasa asal bahan yang hendak diterjemah, asalkan sesuai ditonton oleh penonton sasarannya.

Leave a reply