Archive | September, 2010

Apa Ada Dengan Drama Chinta?

28 Sep

Semalam melayan episod 1 , slot Akasia yang latest – Chinta. Not bad. Ada Azhar Sulaiman, Fasha Sandha, Ezany and ramai lagi. Kira nya pelakon semua yang boleh berlakon la.

So far episod 1 ni boleh membuat kan aku nak tengok episod-episod seterusnya la.Semalam ending episod 1, si Azhar Sulaiman masuk umah orang kaya nak mencuri sebab dia nak kahwin tapi takdak duit. Kerja pon takde. Then bila dia dah dapat hasil curi, dia takleh kuar dari rumah orang kaya tu dek orang kaya tu dah pasang ‘pagar’ . Bila masuk rumah, takleh temu jalan keluar. Huhuhu..apa jadi hari ni. Cemana si Azhhar Sulaiman keluar umah orang kaya tu.

Kira boleh la layan pepetang cerita ni. Slot Akasia sebelum ni jarang sangat aku layan.

Sinopsis Drama Chinta ni :

Drama Chinta ini mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung. Tetapi hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri (lakonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.

Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.

Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya. Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.

Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.

Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal. Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).

Info : SINI

Apabila Tetiba Menjadi Pelupa

28 Sep

No doubt aku ni memang pelupa lately. Especially bab tarikh. So aku memang confident this week hari Rabu ( which is esok ) adalah tarikh aku kena gie check up di Kelinik Kesihatan Tanjung Keling. Last sekali tengok tarikh appointment kat buku merah tu was before raya tak silap.

So hati ni cam tak sedap and pagi tadi tergerak nak tengok buku merah. Sekali date sepatut nya aku gi check up adalah SEMALAM. Haissshhh. Bukan apa, aku marah dengan diri sendiri sebab selalu nya pasal date, time aku memang jaga . Tapi dah jadi pelupa, nak buat cemana.

Takpe la, gi je la next week  hari yang sama. Kot kena marah , tadah je le telinga. Hahahha.

Oh, ini adalah antara simptom wanita mengandung iaitu PELUPA.

p/s: pagi tadi akhir nya dapat juga beli kuih di gerai makcik yang selalu bila aku terjah je dah habis kuih nya. sedap nasi lemak and kuih donut nya. sok leh terjah lagi. beli kuih kaswi lak.

Gloomy Days ..

28 Sep

Maybe seharian cuaca mendung di Melaka. Renyai-renyai je kat luar tu and it reminds me of autumn / winter di Melbourne dulu. Time tu, suruh la jalan ke Coles / Safeway, memang rela.Takyah naik tram pun takpe. Sebab bila cuaca sejuk + mendung  memang best berjalan. Kalau panas berdentum, suruh keluar dari hall gi mana-mana pun malas.

Kadang-kadang sebab malas nak naik tram pun sebab malas nak beli ticket tram. Kalu in 2002-2004, tiket tram ada few choices.Ada yang 2 hours ride, 1 day ride, 1 week ride atau 1 month. So kalau memang monthly ticket dah abis, malas nak keluar nak naik tram. Biasa la hidup kat tempat orang, mana boleh jimat kita jimat.Dari Malaysia Hall nak ke Coles/ Safeway ada la dalam 2 stops tram. So, kadang-kadang gamble naik tram tapi tak beli pun ticket tapi kalu nampak inspektor tram, beli jugak la yang 2 hours ride.Takpasal-asal kena denda. Ni selalu jadi kalu during weekend and waktu weekend la mmg malas nak keluar.Kalu weekdays tu kena la beli jugak sbb nak ke class.

Nanti la, ada rezeki lebih yng terlebih memang nak bawa anak-anak jalan tgk tempat mama dia belajar dulu kat Melbourne atau tempat ayah dia belajar dulu kat Tokyo ( Air Asia asik fully booked je ) .

Aminnn…harap-harap ada la rezeki lebih… :)

21 Weeks?

27 Sep

Untuk pregnancy kali ni, aku macam asik lupa je aku in how many weeks of pregnancy. Mungkin kehidupan terlalu occupied with th egirls plus other stuffs. Hari ni, bila di ingat-ingat, aku  dah hit 21 weeks. Cepat nya masa berlalu. Dah half way journey dah.

Tapi yang ternyata, dari start sampai la sekarang aku memang pemalas masuk dapur. Hatta nak masak air pon bukan main malas. Ntah le, bila masa mood rajin nak masuk dapur, masak cam biasa nak mai pon aku tak tau. Mood swings jangan cakap la. Memang aku selalu blame hormon mengandung ni. Hahhaha. andai la nak blame hormon. Diri sendiri tak reti nak adjust and manage mood sendiri lagi mau salahkan other things.

Bab makan?Memang aku takde selera sangat. Lusa due check up. Macam last month, naik dalam 1.8kg even though ramai yang tengok aku akan cakap “kenapa makin kurus?“. So aku rasa berat badan naik memang ke baby kot. Nampak pon perut ada extra besar sket.Bebudak dua sebelum ni, perut aku memang nampak naik bila dah 7 bulan gitu.Kali ni, sekarang pon dah leh nampak bulat cam basketball.

So, what will you aspect bila dah hit 21 weeks?

How your baby’s growing:

Your baby now weighs about three-quarters of a pound and is approximately 10 1/2 inches long — the length of a carrot. You may soon feel like she’s practicing martial arts as her initial fluttering movements turn into full-fledged kicks and nudges. You may also discover a pattern to her activity as you get to know her better. In other developments, your baby’s eyebrows and lids are present now, and if you’re having a girl, her vagina has begun to form as well.

Info : http://www.babycenter.com/6_your-pregnancy-21-weeks_1110.bc

Bermalam di Kamunting, Taiping

27 Sep

Di Kamunting, kami overnight di SSL Traders Hotel. Area hotel baru . Waktu in laws still dok Kamunting, takde hotel ni. So, bilik, materials memang semua bau. Takde la masalah carpet bau, bilik air tak bersih and so on. Hotel ni betul-betul depan Kem Askar area Kamunting. Ada few choice of rooms. Boleh klik SINI untuk info lanjut mengenai hotel ni. Buffet breakfast dia pun not bad. Even tak la wide spread, but sedap. Memang berasa.

Kalau yang nak pilih sini untuk bermalam, waktu malam area Kamunting memang banyak kedai makan. Jenis ala-ala tomyam, goreng-goreng and such. Plan nya kami nak makan di char kuey tiaw Abu Samah dekat ngan stesyen bus ekspress Kamunting, memang kalau dari dulu balik sini memang antara tempat kena attack untuk makan char kuey tiaw yang best. Tapi tutup lak. So, we opt for makan kat Bihun Sup RM1.00 dan Sate RM0.15 . Tempat ni masuk Jalan-jalan Cari Makan di TV3 few weeks back. Memang dari dulu dah ada gerai ni. Macamana rasa nya?Bihun Sup nya best pekat dan berasa walaupun RM1.00.  Sang Suami makan Mee Rebus nya sampai dua kali tambah. Kuah memang pekat. Gambar makanan tak dan amik sebab Hanum dah conquer camera. :(