Semua orang especially mak-mak dalam fasa pack barang , baju, kuih nak bawa balik ke kampung kan?Tak kisah celah mana kampung the most important thing kita bersama dengan keluarga.
So, semua dalam kepala dok fikir, baju anak, seluar anak, dalaman anak, kasut anak but sometimes ada benda yang kita kena fikir and bawak juga.
Antara barangan dalam list aku kalau pack barang adalah :
1. Elomet Cream – cream ni amat membantu especially kalau anak kena ruam panas. Lelagi musim berjalan raya ni. Keluar masuk kereta/umah berpanas. Kompem nanti ada gatal sana le, gatal sini le sebab panas. So, jangan lupa cream untuk anada. Kang dah pakai cecantik, tapi anak buat peel sebab ruam atau tak sedap badan sebab badan gegatal. Cream ni boleh di beli di any farmasi.
2. Hand Sanitizer – Oh, ini memang ada dalam bag diapers bebudak ni. Anak-anak aku kalau nampak playground tak kira la depan umah orang ke apa, kalau tak kukuh alasan aku bagi kompem diorang akan terjah. For kids and kita yang adult ni, dalam bag diapers memang ada Mickey Eskulin Hand Sanitizer. Botol kecik . Muat handbag pon. Dalam RM2.50 sebotol. Bukan apa, kang dah main sana sini, masuk umah orang di cekup makan kuih, naya je.Elakkan apa-apa sebelum terjadi sesuatu yang tidak kita mahu.
3. Baby Wipes- Ni rasa nya mak-mak yang ada anak kecik memang sentiasa ada baby wipes dalam bag . Bukan pe, Sama kes macam hand sanitizer, kot dah habis makan cokelat, kek ke, kot tade tisu around, sambar je baby wipes ni. Senang.
So tu yang antara barangan memang akan ada dalam diapers bag anak aku. Selain dari extra pampers, extra baju. Kain kecik kot dia selsema, muntah nak lap. And so on.
So, selamat mempacking. Aku sendiri tak start satu apa. Padahal nanti balik ke KL then terus balik ke Taiping.Sah-sah baju menimbun nak bawak sebab takkan ada sesi basuh baju . Tapi aku suka keje last minute.Pastu baru terhegeh-hegeh. Hahhahahah.










