RSS Feed

Jadual Perjalanan Anda Semasa Aidilfitri

07/09/2010 by arin

Untuk pengguna lebuhraya PLUS, kalau boleh ikutkan jadual yang di beri oleh Plus untuk mengelakkan kesesakan. So far, tahun-tahun yang sudah kami ikut gak la waktu jadual ni , jarang sungguh bertembung dengan jammed kecuali ada kemalangan kat highway tu memang tak dapat dielakkan la.

Kalau hujan lebat, hujan renyai, tolong jangan pecut kenderaan . Memang la tayar baru tukar, minyak enjin baru tukar, enjin baru servis tapi kita tak tahu atas jalan raya tu macamana. So ikut speed limit yang ditetapkan. Jangan sedap nak tekan pedal minyak je.

Kalau ngantuk ye la, dah kekenyangan dek makan lemang, ketupat and rendang, singgah memana RnR atau Hentian Sebelah. Lepak kasi relaks badan. Buat tuan driver yang merokok, pekena sebatang dua rokok dulu , buat emak-emak yang ada anak kecil,siap-siap buat susu anak, basuh botol susu yang dah diguna. Buat anak-anak, kalau tempat tu ada jual snacks, belikan depa snacks and air ( if tak bawa bekalan air ) .

Selamat balik dan pulang ye!


4 Comments »

  1. syigim says:

    thanks for this info, kak arin. insyaAllah jumpa kat kg. kalo papehal kak arin buzz je. kalo dah dekat tu, singgah je ;)

    selamat balik kampung to kak arin & family!
    .-= syigim´s last blog ..Iftar With Sisters – Nasi Minyak =-.

  2. arin says:

    syigim : kalau dah kat area padang rengas, den buzz..:)

  3. Wanna says:

    Kota Bharu KL takdok ke? hehe..

  4. arin says:

    wanna: ni PLUS je ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge