Kalau gi food court pavillion, aku suka makan di gerai mee kari. Tapi dah lama gila tak menjejak kaki kat situ since dah dok Melaka.
Semalam, di utusan , Jakim buat pemantauan/sport checked kat foodcourt Pavillion ni. Antara ulasan pihak Jakim mengenai serbuan diorang adalah :
” Melihat pemeriksaan mengejut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap sebuah premis makanan di medan selera di pusat beli-belah Pavillion, beberapa pengusaha premis makanan lain bergegas menanggalkan logo dan sijil halal bukan diiktiraf jabatan itu dari dinding premis mereka.”
“Apa yang menimbulkan tanda-tanya, semasa tinjauan awal, kami mendapati adanya logo halal yang dipamerkan. Tetapi ketika pemeriksaan berikutnya, logo berkenaan sudah tiada lagi dipamerkan”.
PREMIS yang tidak mempunyai kelayakkan logo halal diarahkan oleh penguatkuasa untuk menanggalkan logo berkenaan sewaktu Persatuan Pengguna Islam Malaysia dengan kerjasama JAKIM dan KPDNKK mengadakan operasi bersama ke medan makan pusat membeli belah Pavillion, Bukit Bintang. 1 Sept. 2010. – Utusan/AIZZUL A. MAJID
Info dari Utusan Online .
Bayangkan kalau kita tengah buka puasa kat sini, sekali Jakim buat serbuan kat kedai-kedai ni, and pekerja kedai ni sibuk tanggalkan pelekat logo Halal tu, apa ye perasaan kita?











komen aku simple…
walaupun hidup dalam negara Islam, bakal menjadi pusat Halal Hub sedunia.
nak makan makanan yang halal pun payah..
ganz: betul tu..
patut negara kita kena keluarkan sijil ‘haram’
bukan sijil ‘halal’ sebab negara Islam.
.-= Kujie´s last blog ..Berita Komuniti Kujie – Masalah Rakan Sebaya =-.
kak jie : good one !