RSS Feed

September, 2010

  1. Exit Putrajaya ke Pullman Putrajaya

    September 30, 2010 by arin

    Hari Ahad lepas, dari utara kami melalui NKVE dan terus exit ke Putrajaya/Cyberjaya tol . Aku nak usha jalan ke Pullman Putarajaya Lakeside Hotel for conference yang akan start 5hb October dan berakhir 7hb October.

    Dari start bayar tol Putrajaya/Cyberjaya tu , nak ke Pullman Putrajaya ni pandukan je arah mengikut signboard seperti hendak ke PICC. Memang dekat kalau lalu arah ni. Dalam 10-15 minit dah sampai provided traffic tak heavy ( sebab banyak sangat traffic light area putrajaya ni ) .

    So, will travel from Melaka-Putrajaya for 3 days which is aku rasa ok sebab tak terlalu jauh dan tak makan masa lama sangat for traveling. Lagi pun bebudak lagi freely duduk rumah , leh main, leh rendam dalam pool dari duk terperap di bilik hotel.

    So, untuk those participants yang akan attend SusuIbu.Com International Lactation Conference minggu depan, see you there! Nak tau aku yang mana- badan kekecik , pakai spec, perut ada ke depan sedikit seperti basketball. :)


  2. Apabila Webmaster/Penulis Web Tidak Mempunyai Etika!

    September 30, 2010 by arin

    Update :

    Telah menerima email dari pihak webmaster Tranungkite.Net. Thank you.

    Terima kasih atas makluman ini.
    Pihak kami telahpun membuang gambar pada artikel berkenaan. Sila rujuk http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=8139&mode=thread&order=0&thold=0

    Saya selaku mewakili TranungKite Online memohon maaf atas kesilapan pengeluaran gambar tersebut. Watermark pada gambar tersebut terjadi secara auto pada sistem bagi gambar yang dimasukkan kepada saiz yang telah set pada sistem PHPNuke laman ini iaitu 120 x 165 pixel.

    Terima kasih atas makluman ini

    Songkok Putih
    Webmaster

    Hari ni, aunty ZZ bagitau di FB yang gambar nenek ( sebelah mama ) telah disalahguna dan diletak di artikel di laman web Tranungkite.Net. Sudah lah disalahguna gambar, ada hati hendak letak watermark Tranungkite.Net.

    Dimanakah etika mereka sebagai penulis web?Mengambil gambar orang lain, diletak di dalam web mereka dan perasan yang gambar itu hak milik mereka ( siap letak watermark mereka sendiri padahal gambar tuh di captured oleh aunty ZZ ) . Ditambah pula artikel yang ditulis itu sungguh tidak relevan dengan nenek coz nenek tidak tinggal di Pulau Pinang pun.

    Tindakan telah di ambil dan of course tindakan susulan oleh aku akan di ambil juga. So don’t play-play with Hajah Ramlah’s clan…

    Ini artikel nya :

    (http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=8139)

    Umno Taik Judi Gagal Gugat Penghargaan Warga Emas Sebanyak RM100 Setiap Tahun
    Posted on Tuesday, September 28 @ 15:19:49 PDT
    Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih
    Kenyataan MediaOleh Lim Guan Eng

    Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tidak Akan Tunduk Kepada Usaha UMNO Mengganggu-gugat Program Penghargaan Warga Emas Sebanyak RM100 Setiap Tahun.

    UMNO sekali lagi meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan mendakwa bahawa Program Penghargaan Warga Emas dibiayai oleh sumber judi haram dan bila ini dibuktikan palsu, UMNO mengalih kepada program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK) untuk membasmi miskin tegar. Taktik jahat seribu jahat bertujuan menggagalkan program ini daripada kerajaan berjiwa rakyat PR yang memberi manfaat kepada rakyat.

    Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan tunduk kepada usaha UMNO mengganggu-gugat program penghargaan warga emas yang membayarkan RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun. Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan akan mendapat bayaran RM100 setiap tahun demi mengenang budi atas sumbangan warga emas. Di samping itu, si waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia. Sebanyak RM20 juta telahpun diperuntukkan untuk program ini dalam Belanjawan 2010 pada tahun lepas.

    Wang yang dibayar oleh kerajaan negeri untuk program ini tidak datang daripada mana-mana derma atau sumber kerajaan persekutuan. Ia adalah penjimatan hasil urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus serta langkah anti-rasuah yang bukan sahaja dipuji oleh Laporan Ketua Audit Negara tetapi juga disanjungi oleh badan antarabangsa anti-rasuah terunggul, Transparency International.

    Urustadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan Belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009. Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen “anti-rasuah” yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit.

    Ini bukan kali pertama program ini diserang, kerana sebelum ini, BN pernah mendakwa bahawa pemberian RM100 kepada warga emas adalah serupa bagi rasuah! Untuk BN, bagi wang sama rakyat adalah rasuah tetapi lain pula bagi wang ke dalam kocek sendiri.

    Sekiranya kerajaan negeri tak makan duit maka rakyat boleh dapat duit! UMNO jangan harap akan mengganggu-gugat program dividen anti-rasuah RM100 setiap tahun kepada warga emas dengan fitnah dan tohmahan.

    Program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK) Membasmi Miskin Tegar Di Pulau Pinang Tetap Diteruskan

    Selepas gagal membuktikan Program Penghargaan Warga Emas terbabit dengan hasil judi haram, UMNO pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program RAK membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti UMNO adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

    Program RAK adalah inisiatif murni kerajaan negeri PR untuk membasmi miskin tegar dalam kalangan keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM400 sebulan di Pulau Pinang dan memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan. Menerusi RAK, kerajaan negeri PR telah berjaya membasmi miskin tegar dalam tempoh masa setahun sahaja, apa yang tidak dapat dilakukan oleh BN dalam 51 tahun. Menyedari tentang sensitiviti wang derma daripada Kelab Lumba Kuda untuk orang Islam, maka ia diasingkan dan tidak diberikan kepada orang Islam tetapi hanya kepada orang bukan Islam.

    Malah, Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Farizan Darus telah mengesahkan kepada saya semalam bahawa wang derma RM2 juta ini daripada Kelab Lumba Kuda diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam. Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?

    Bukankah lebih salah dan haram untuk UMNO luluskan lesen judi bola? Atau adakah UMNO dendam sama Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang merupakan negeri pertama mengharamkan judi bola dan sekaligus merosakkan rancangan baik UMNO untuk membenarkan lesen judi bola di Malaysia? Yang jahat pula tuduh orang lain.

    Bantuan RAK kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan Belanjawan yang disebut tadi. Memang BN dan UMNO iri hati atas kejayaan kerajaan negeri membasmi miskin tegar dan program penghargaan warga emas. Walaupun terus difitnah, kerajaan negeri tidak akan berganjak atau tunduk langsung ke atas anasir jahat ini yang mahukan dua program ini dihentikan.

    Rakyat terus dibela, hak rakyat terus diperkasakan dan undang-undang terus didaulatkan.

    LIM GUAN ENG


  3. Kegilaan Terhadap Handphone ?

    September 29, 2010 by arin

    Aku bukan gadget freak. Tapi aku memang takleh hidup tanpa internet. Handphone yang aku guna sekarang adalah bday present yang ke 32 diberikan oleh siblings ku.Bila pandang handphone ni, teringat jgak la 3 hari 2 malam Zara bermalam di Institut Pediatrik Kuala Lumpur sebab Zara admitted sehari before birthday aku. :(

    Handphone SE ni boleh saja mengakses internet tetapi very limited function. Sekarang ni tengah berkira-kira untuk menukar kepada yang lebih tech and yang penting aku leh access web dengan tanpa halangan.

    So, dalam kepala adalah teringin hendak menggunakan Blackberry but yang termampu adalah BB Curve maybe buat masa ni . Nampak sempoi tapi function leh tahan gak. Tapi mungkin akan bertukar pon dalam masa dua tiga bulan kot. Ye la, kami ni ada duit terlebih sikit confirm akan bawa anak-anak gie berjalan. So tuh yang kena panjangkan waktu plan nak bertukar hp ni. Hehehhe..

    Cemana dengan anda?Adakah hanphone freak juga?


  4. My Blood Go Upstairs!

    September 29, 2010 by arin

    Pepagi dah naik darah. Kalau aku test blood pressure pagi ni tadi , sure reading pressure aku leh tahan tinggi.

    Insiden 1 :

    Aku kat dapur macam biasa. Buat laundry. Zara terjaga. Dengar dah dia nangis tapi aku buat pekak je. Penat nak naik atas. Dia boleh menangis meraung bising kat tangga sampai aku rasa satu taman perumahan ni dengar. Last-last aku amik gak. Mengah den.

    Insiden 2 :

    Dah breastfeed dia, aku turun pelan-pelan ke bawah nak siapkan minum dan makan breakfast. Baru 5 minit kat bawah ( padahal dah make sure dia lena betul baru turun ) , dah dengar dia melalak . “Mamamamamamam…mamammamamama..” Aduihhhh. Malas nak pujuk tapi last2 amik gak la kang orang ingat aku dera anak lak!!

    Insiden 3:

    Tengah nak buat air untuk breakfast, dah nampak Zara kat area fridge. Macam biasa dia akan amik air dia la. Tapi kali ni telahan salah. Dia buat main bahagian ubat then bedebup, telur- telur jatuh. Aduihhhhhhhhhhhhhhh!!! Bayangkan la telur jatuh. Ada 3 bijis. Ngan berlengas lagi. Ngan nak mop lagi . Ngan geram lagi. Aduih!!!

    Conclusion :

    My blood go upstairs!!!


  5. Apabila Kesakitan Pinggang Tidak Dapat Dibendung

    September 28, 2010 by arin

    Seriyes, pinggang adalah amat sakit sekarang dan beberapa hari sebelum ini. Mungkin kerana travel jauh tapi tak mungkin, last week pon pinggang ni K.O. Bila tadi tengok belek perut, kenapa macam extra besar. Maybe berat aku memang underweight  (to date around 42-43 kg ) and sukar nak menampung berat yang ada di dlm tummy ku ini. Ni nasib baik kaki takde sakit2 atau water retention. Cuma pinggang yang terasa K.O sungguh plus cara tidur pon dah tak selesa.

    Alhamdulillah bila malam, Zara dah tak feeding.If not, dia sah-sah tido on my left side, kadang2 aku tido ngiring kanan. So , bila nak berpusing tu, bercinta sungguh. But that is the beauty of breastfeeding. No worries tang kena bangun and bancuh susu. Cuma ngiringkan badan and bagi la susu. Sambil kita baring , anak menyusu. Moment yang sungguh best!

    Tadi aku layan slot Lestary-Asmara. Cerita asal mamat kena kawen aksa jadi pak sanggup. Faezah Elai berlakon dalam citer ni pon not bad gak. Tak le kaku. Suka aku nengok dia berlakon memang cam real je. Memang bleh buat aku benci watak dia la dalam ni.

    Hmm..nak tido, tapi mata tak ngantuk. Dah terlepas sleeping time aku. Hilang rasa ngantuk. Huhuhu. Layan forum Cari.Com la. :p