Archive | August, 2010

Apa Yang Perlu Diselesaikan?

28 Aug

Tak lama lagi dah nak Aidilfitri,  list benda yang nak di buat adalah :

- curtain perlu diselesaikan. cuci . recycle curtain lama yang tak berapa lama tu sebab elok lagi. tapi aku nye day curtain cam halus nipis , agak2 masuk washing machine cemana ek jadi nya?Aiseh.

- Kasut raya anak-anak. Tapi aku rasa kitaorg skip beli ni on weekend . Will buy it during weekdays. Less people. Kununnya.

- Kasut aku. Tu hari kat Aeon Bandaraya Melaka dah try wedges yang tak tinggi sangat tak rendah sangat. Fikir-fikir balik, aku ni kendong si Zara , ngan perut gini , takmo le pakai . Dah comel dah wedges tu. Takpe, kita usha lagi.

- Menanti baju kurung aku and anak-anak siap oleh Neeza. Sekarang ni baju untuk raya yang di beli untuk anak-anak kena sorok. Bukan apa, Hanum pantang tengok baju yang dia berkenan. Dia nak mintak pakai and ulang pakai byk kali. Bahaya tol.

-Ingat salah satu malam nak ke bazaar ramadhan malam di taman cempaka. Banyak nya depa pacak gerai. Saja nak cuci mata.Area bazaar ramadhan jual juadah di waktu siang, malam di convert jadi jual barang-barang lak. Memacam nampak waktu lalu hari tu. Tapi tak la singgah sebab nampak dari dalam kereta. Masalah area ni adalah parking kereta. Mana ntah nak parking. Silap park, habisss.

Tuh je la kot yang boleh difikir dek akal. Masa ada lagi tapi memang masa cepat sungguh berlalu. Perasan tak?

Selamat Hari Sabtu!

Baby Movements at 16 Weeks

27 Aug

Aku dah masuk 16 weeks. Cepat masa berlalu. Dah 4 bulan. Another +- 5 months to go. Macam lama lagi tapi kejap je tu. EDD around 2nd February 2011. Pengalaman bersalin dua anak dara ni, sulung awal 2 weeks, yang nombor dua awal 3 weeks. Yang ini?Kita tengok je pe cerita nya.

Anyway, ni nak cerita, waktu Hanum and Zara , baby movement dalam perut adalah boleh terasa dalam 6 bulan ke atas. Memang time tu perut nampak berbonjol – bonjol and boleh nampak gerak-gerak. Selalu la aku main dengan perut. Lagi di sakat ( di tepuk perut ) , lagi aktif bergerak.

Untuk yang ke -3 ni, aku start dah rasa bonjolan tulang bergerak , baby bergerak dalam perut ni dari 15 weeks gitu. Minggu ni dah boleh nampak . Tapi masih tak sure la tang mana. Siku ke lutut ke. Mana ke. Tapi selalu nya during aku baring akan terasa sangat ya amat. Bila puasa, nak ke petang lagi la terasa begerak-gerak. Lapar gamak nya . Kalau Zara nyusu, selepas zara habis nyusu sure terasa gak. :)

Agak-agak nya, kemungkinan besar tak jadi cam dalam gambar ni?Nampak tapak kaki . :)

pix: http://www.careduringpregnancy.com/baby-movements-during-pregnancy

Kunjungan Jururawat Masyarakat

27 Aug

Semalam luckily aku ada di Rumah No 6 waktu pagi. Selalu waktu tu aku gi rumah C4777 . tengah layan tv dalam bilik, sayup dengar orang bagi salam. Rupa nya Jururawat Masyarakat ( JM ) dari Klinik Kesihatan Tanjung Keling. Datang nak tengok cemana keadaan aku. Tanya macamana keadaan waktu berpuasa ni and such. Adalah dalam setengah jam di rumah.

Selama ni aku ingat JM akan berkunjung di rumah selepas kita bersalin untuk post natal check. Rupa nya before bersalin pon dia kunjung mak-mak mengandung ni. Servis kelinik kesihatan pun dah bertambah baik. Tapi diorang datang tak bagitau awal la. Kira nya tetiba je datang. Bila diorang keluar umah, salah seorang JM tu bagitau, deret umah aku ada lagi 2 orang ibu mengandung. So, diorang nak buat kunjungan ke rumah yang lain la.

Dari internet, antara tugas Jururawat Masyarakat :

Tugas Jururawat Masyarakat di Rumah Bidan Kerajaan
Klinik Desa/Pusat Kesihatan
1.1) Mengetuai Rumah Bidan Kerajaan/Klinik Desa (bagi Jururawat yang ditempatkan di Rumah Bidan Kerajaan atau Klinik Desa).
1.2) Memberi perkhidmatan kesihatan ibu mengandung.
1.3) Memberi perkhidmatan kesihatan bayi/kanak-kanak.
1.4) Memberi perkhidmatan rawatan ke rumah.
1.5) Memberi perkhidmatan perancangan keluarga.
1.6) Memberi pendidikan kesihatan.
1.7) Menyambut kelahiran bayi.

Next check up aku di Kelinik Kesihatan Tanjung Keling ni , isnin depan. Cemana gaya nya. Berat confirm tak naik. Hehhehe.

Info : http://www.spa.gov.my/portal/page?_pageid=93,1347440&_dad=portal&_schema=PORTAL

Macam Sedap Je

26 Aug

Mango ini macam best. Pergh. Teringat mango juice di Portuguese Settlement. Sedap woo. Siap bubuh satu biji asam boi dalam air tuh. Memang terbaik la.

Agak-agak aunty meniaga juice tu bukak tak malam ni?Hehhee..

Separuh Ramadhan Telah Berlalu..

26 Aug

Pejam celik , pejam celik hari ni dah 16 Ramadhan. Cemana bulan ni so far? Ok ? Aku sepanjang 15 Ramadhan yg lepas, ada la 3 kali terpaksa bukak puasa. Firstly , puasa hari ke dua sebab time tu sinus aku teruk sangat. Penin kepala memang tak tahan. Campur mabuk + nak pitam. Then yang dua hari tu, gastrik melanda. Perit gak perut time tu. Ditambah pulak, Zara memang waktu tu menyusu sakan.Lembik jugak aku di buatnya.

Then , hari-hari ku seperti biasa. Yang penting , sahur aku takleh skip. Makan kena betul. Lauk pembuka selera untuk sahur ( if makan nasi ) , kena ada ikan bilis goreng atau ikan masin. Memang laju aku makan. Macam pagi ni, aku teringin sausage goreng so potong kecik-kecik and goreng. Makan ngn telur . Buat scramble egg. Jangan di lupa Milo Fuze Ais . Hehehehe. Berbeza memang sungguh berbeza puasa kali ni. Mengandung dan masih menyusukan anak. Kekuatan mental dan fizikal kena kuat. :)

Dari web saifulislam.com :

Separuh Masa Kedua Piala Taqwa!

Sahabat,

Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.

Apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?

Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya’, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya’.

Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.

Tambah-tambah dekat nak Raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kalian lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.

Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, hubaya hubaya… kamu di ambang kekalahan. Piala Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita.

Apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! “ (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

Info : http://saifulislam.com/?p=907#more-907