Mentaliti Mereka Perlu Di Ubah

30 Aug

Pagi tadi aku ada check up di Kelinik Kesihatan Tanjung Keling. Aku sampai dalam jam 7:45am, and dapat No 2. So dah check berat, blood pressure, kencing, Hb and masuk la ke bilik pemeriksaan ibu dan anak.

Waktu aku dalam bilik tu, ada lagi sorang ibu , agak muda atau same age dengan aku , untuk check anak ke 3 dia. Baru umur 2 bulan. So untuk injection anak dia tak silap aku dia datang ke KK.

Bila nurse tanya ” bagi susu apa kat anak ? ” . Dia jawab ” bagi susu lactogen. mahal la nurse .Anak pun selalu kembong” . So nurse tanya, kenapa tak bagi susu ibu. Susu ibu bagus. Murah dan anak tidak kembung perut. Si ibu ni jawab , ” Saya makan tak bagus ( tak berkhasiat ) , susu pon takde.Kering je ” . Then nurse jawab ” Bagi susu ibu, apa yang awak makan, akan di proses jadi susu , anak akan dapat khasiat juga ” . Aku kat sebelah ibu ni tengah di check oleh nurse lagi satu, nurse yang check aku pon menyampuk ” susu tak kering, awak bagi la selalu ” . Aku pon menyampuk la jugak ” you bagi la susu ibu. Anak kurang kembong perut. You kata tadi susu tin you beli mahal. Susu ibu tak payah keluar duit ” . Untuk info, ibu ni housewife, tu bila dia cakap dia bagi susu tin, nurse and Sister kat situ marah. Ye la, dah duduk rumah, boleh sentiasa direct feeding and no such things as susu takde apa semua. Tapi si ibu ni seboleh-boleh menggeleng kepala.

Sayang betul, bila turn si ibu do the check up, nurse check kat bilik tertutup, so bila keluar, nurse cakap la ” Susu ada la. Breast penuh ni. Saya picit sikit dah keluar susu. Bagi la anak susu .” Si ibu menggeleng-geleng kepala tidak mahu bagi . And bila anak dia menangis, aku cakap la ” cuba you hulur susu you kat dia , dia nak tido kot ” . Si ibu jawab ” tak de susu ” . Sayang kan.

Sayang in terms of dia mengadu kat nurse , susu tin yang dibeli adalah mahal tapi bila di beri option yang mudah , dia taknak pulak . The way kita nasihat pon, kena ikut cara. Takleh marah ibu ni. Nasihat kena cara paling berhemah. Guna ayat yang paling mudah dia faham.

Harap-harap usaha SGM Melaka untuk membawa masuk ahli SGM ke Hospital Melaka to educate , nasihat, beri tunjuk ajar kepada ibu yang dah bersalin di hospital ni akan menjadi kenyataan. Bukan apa, aku rasa the most important thingh regarding educate the mothers adalah dari dalam hospital sejurus diorang lepas bersalin. So they will know kenapa kena bagi susu ibu.

8 Responses to “Mentaliti Mereka Perlu Di Ubah”

  1. Elyn 30/08/2010 at 11:20 #

    saya baca entry ni cam sedih lak kak. eii rugi tul pompuan tu kan. tp maybe die takde info kot pasal BF ni.

    tapi kan kak… kwn2 saya pun ramai yg tak BF anak. ckp dierang sbb susah. kite nk nasihat pun susah sbb mentaliti dari azali camtu!!!
    .-= Elyn´s last blog ..Settle!! =-.

  2. arin 30/08/2010 at 11:25 #

    elyn: bila org cakap susah. time tu kita kena bagitau. elyn sendiri ada pengalaman and such. boleh tolong bagitau kat diorang. info skrg byk. dari net, buku pamplet kat klinik/hosp and yang penting dari pengalaman kita as mak.

  3. syigim 30/08/2010 at 12:51 #

    syigim susu mcm kering sket pun dah panic…ini susu tu terang2 ade tp claim xde plak. mcm degil pun ade kan?
    .-= syigim´s last blog ..Ya Allah- Moga Mak Kami Dibenarkan Pulang! =-.

  4. arin 30/08/2010 at 12:53 #

    syigim: ahaa..the correct word : degil. nak je cakap camtu. but bila nak bagi nasihat kat mak-mak yang gini eel nya kena banyak sabar and cakap ayat yang dia paham.ayat teknikal bab teknikal ni dia tak amik pot.

  5. azwar 30/08/2010 at 13:23 #

    dok paksa², kang dorang jawab “den punyo kopek, den punyo pasal la suap anak ke laki den ke, ekau apo pedulik?”
    .-= azwar´s last blog ..Zakat Fitrah =-.

  6. Wanna 30/08/2010 at 14:48 #

    takut kendur and ilang shape kekdahnyer..ngok ngek nyer mummy..kalo bekerja tu logic lah gak..

  7. taroAthirah 31/08/2010 at 05:56 #

    kak arin tumpang tanya, Hb tu makna apa? :D
    .-= taroAthirah´s last blog ..LR preset 3- olskol by taroAthirah =-.

  8. arin 31/08/2010 at 10:33 #

    taro:Hb tuh tahap hemoglobin kita.darah merah.kalu kurang dikhuatiri anemia.

Leave a Reply

CommentLuv badge