Dia Dah Besar

4 Aug

Budak ini makan apa sahaja yang dihidangkan. Selalu nya , apa yang dihidangkan untuk dia dia taknak tapi dia nak yang adult nya.

Favourite dia sekarang adalah nasi goreng pedas. Tak kira apa kaler, dia akan makan. Kalau kita tak letak dalam mangkuk dia, menjadi sungguh ngamuk dia. Dia ni kalau ngamuk lagi dasat dari Hanum. Nampak je gini.

Bab minum lak, selalu gi memana, dia akan minum plain water. Tapi kalau dia nampak mama/ayah dia minum air kaler pelik, sure dia pon tergedik nak try. Memang gedik-gedik sungguh.

Badan still gitu, aktif nya dia hanya orang-orang keliling je tau. Sebab kalau first time jumpa orang dia akan buat gaya “saya la wanita melayu terakhir ” . :)

Pasal keaktifan dia ni la, kadang2 mama dia leh jadi semput. Dia ni gak jadi tyco kat umah. Sakat kakak memang hobi dia. Padahal kakak tak kacau dia pun. Saje dia nak dengar kakak menjerit kot.

Tapi aku perasan, she’s very independent compared to kakak. Everthing dia nak buat sendiri . Dari amik baju sendiri lepas mandi ( well, of course aku jadi Mem belakang dia perati apa dia buat ) , nak pegang gayung mandi sendiri, pakai kasut sendiri ( dan dia pakai betul kiri dan kanan kaki yang betul tanpa aku ajar ) , makan pasti taknak orang suap. Nak dia suap sendiri.

Alhamdulillah, my 19 months daughter ni dah bersedia nak menjadi kakak kot.

Kakak Zara. :)

10 Responses to “Dia Dah Besar”

  1. taroAthirah 04/08/2010 at 18:59 #

    huiyooo minum barbican peach gitu je. gilalah zara! ehehehe
    .-= taroAthirah´s last blog ..lagu malam ini =-.

  2. arin 04/08/2010 at 19:03 #

    taro : she’s rock!

  3. Kujie 04/08/2010 at 21:39 #

    betullah tu arin – anak kedua mmg mcm gini gayanya
    lebih pandai bawa diri..sbb dia jadi tengah2..hehe
    .-= Kujie´s last blog ..Walau hanya dengan dakapan di angin lalu =-.

  4. arin 04/08/2010 at 21:40 #

    kak jie : betullllll!!!! macam arin. anak ke dua . :)

  5. zans 04/08/2010 at 22:32 #

    sama je ngan aris
    tapi tang melalak tu yg tak larat. upah??? dukung.. fenatler umi dia nieee…
    .-= zans´s last blog ..Lapar Tak =-.

  6. arin 04/08/2010 at 22:37 #

    zana: gua tak sanggup dah dokong2 ni.surrender kaki dan tangan!!hahha.

  7. mama danial 05/08/2010 at 08:55 #

    nama anak Naz host ntv7 pun Zara Aaliyah…sama plak ngan si bam bam….front page mag apa ntah.
    Bam Bam mmg taiko. Taiko kecik klebang….:)

  8. arin 05/08/2010 at 10:13 #

    dia kan selebriti gak..:)

  9. dilot 05/08/2010 at 11:10 #

    dear kakak zara:nanti jgn buli adik tau.heheheh :)

  10. arin 05/08/2010 at 11:23 #

    kakak zara adalah tyco.sekian, terima kasih.

Leave a Reply

CommentLuv badge