RSS Feed

August, 2010

  1. Pasar Ramadhan Alor Gajah

    August 31, 2010 by arin

    On the way balik ke rumah, dari KL petang tadi kami singgah di Pasar Ramadhan Alor Gajah. Betul-betul terletak kat tengah bandar yang kat Pejabat Pos tu.Boleh tahan kawasan nye luas. and nak park kereta, park le tepi2 jalan tu.

    Anyway, kami sampai dalam kol 4:15pm gitu. Gerai dah start niaga. Banyak gerai jual murtabak, segala jenis nasi, segala jenis air. Yang jual lauk hanya satu dua gerai je.

    Kat sini, aku beli nasi ayam Hainan. Ayam dia actually roasted type tapi besar gile. RM4 sebungkus. Memang berbaloi sebab nasi sedap, sup and cili pon best. Besides that , aku dapat jugak kek batik akhirnya. Tapi rege dua potong, RM1. Mahai gak. Sebab potongan nya kecik. Tak kisah la. Ngidam nye pasal. Dapat rasa sikit dah hilang rasa ngidam. :)

    Yang tak patut ada satu gerai jual kuih muih. Sang suami tanya la satu jenis kuih tu ” ni inti apa ? ” dan si penjual jawab “ inti KACANG kot” . Untuk para penjual , perkataan KOT adalah paling tak boleh. Nampak sangat la ko tak tau produk ko. Tak kira le orang tumpang letak kuih ke apa, tapi ko jawab gitu, aduhaiiii….Bila balik, tengok inti adalah inti KELAPA. Amcam?Rasa cam hape je kan?

    Tapi aku rasa, kalau aku teringin nasi ayam yang best, aku boleh la datang sini lagi. Gerai nasi ayam yang aku maksudkan ada siap printout paper cutting gerai dia masuk Utusan Malaysia  and tampal kat area gerai dia. And ada banner besar tulis Nasi Ayam Hainan gak.

    Nanti-nanti nak terjah pasar ramadhan mana lak ye. :)


  2. Perjalanan Tidak Sampai 24 Jam

    August 31, 2010 by arin

    Semalam, selesai mengepos barang kami terus shoot ke KL. Sis in law ku dok sms sebelum tu, abg andy ( biras ku aka abg ipar sang suami ) nak belanja kami semua berbuka puasa di Corus Ampang. So, dalam kol 5:15pm baru amk tiket tol Simpang Ampat, zas terus ke KL. Luckily jalan tak jem. Kami masuk car park Corus dalam kol 6:40pm. Laju kan bawak?Bukan apa, semalam rasa nya ramai yang cuti so jalan memang clear gila. Lelagi lalu smart tunnel, laju la sikit. Tapi sayang waktu lalu smart tunnel , Hanum n Zara tido nyenyak. Diorang dua beradik cukup suka kalau lalu terowong. :)

    Anyway, sesampai je yang lain pon dah sampai gak. So , nasib baik meja yang di booked ada area luas di sebelah nya. Bukan apa, bayang kan bebudak umur 2-4 tahun ada 4 orang. Cemana le ke hulu ke hilir le bebudak ni. Kejap je attention dorang duduk ngadap foods.

    So, food spreads kat Corus ni ala-kampung. Memacam ada. Lidah goreng pon ado. Chef Ismail dia nye duta Corus. So, waktu nak makan tu nampak la Chef Ismail ni checking the foods. Tu hari aku rasa aku nampak cam dia kurus dalam TV. Semalam nampak cam berisi cam dulu. Tapi kat Corus, desserts spread tak meluas sangat. Pulak tu, kol 8:30pm++ gitu dah habis few desserts. Bubur-bubur banyak la, but jenis cam kuih muih tu , kurang. Ada yang berasa ada yang takde rasa.

    Anyway kita orang habis makan cum borak-borak dalam kol 9:30pm. Itu pun bebudak dah buat lobby hotel tu macam umah diorang. Hahahahha. Nama pun bebudak. Semua celah bedah nak di masuk nya.

    Hari ni, kol 4pm, kami dah sampai balik Melaka. Hari ni sungguh panas kat highway.Menduga akal to.lIu la perjalanan tak sampai 24jam Melaka-KL.

    p/s: Terima Kasih pada abg andy sebab belanja kami semua. ..


  3. Mentaliti Mereka Perlu Di Ubah

    August 30, 2010 by arin

    Pagi tadi aku ada check up di Kelinik Kesihatan Tanjung Keling. Aku sampai dalam jam 7:45am, and dapat No 2. So dah check berat, blood pressure, kencing, Hb and masuk la ke bilik pemeriksaan ibu dan anak.

    Waktu aku dalam bilik tu, ada lagi sorang ibu , agak muda atau same age dengan aku , untuk check anak ke 3 dia. Baru umur 2 bulan. So untuk injection anak dia tak silap aku dia datang ke KK.

    Bila nurse tanya ” bagi susu apa kat anak ? ” . Dia jawab ” bagi susu lactogen. mahal la nurse .Anak pun selalu kembong” . So nurse tanya, kenapa tak bagi susu ibu. Susu ibu bagus. Murah dan anak tidak kembung perut. Si ibu ni jawab , ” Saya makan tak bagus ( tak berkhasiat ) , susu pon takde.Kering je ” . Then nurse jawab ” Bagi susu ibu, apa yang awak makan, akan di proses jadi susu , anak akan dapat khasiat juga ” . Aku kat sebelah ibu ni tengah di check oleh nurse lagi satu, nurse yang check aku pon menyampuk ” susu tak kering, awak bagi la selalu ” . Aku pon menyampuk la jugak ” you bagi la susu ibu. Anak kurang kembong perut. You kata tadi susu tin you beli mahal. Susu ibu tak payah keluar duit ” . Untuk info, ibu ni housewife, tu bila dia cakap dia bagi susu tin, nurse and Sister kat situ marah. Ye la, dah duduk rumah, boleh sentiasa direct feeding and no such things as susu takde apa semua. Tapi si ibu ni seboleh-boleh menggeleng kepala.

    Sayang betul, bila turn si ibu do the check up, nurse check kat bilik tertutup, so bila keluar, nurse cakap la ” Susu ada la. Breast penuh ni. Saya picit sikit dah keluar susu. Bagi la anak susu .” Si ibu menggeleng-geleng kepala tidak mahu bagi . And bila anak dia menangis, aku cakap la ” cuba you hulur susu you kat dia , dia nak tido kot ” . Si ibu jawab ” tak de susu ” . Sayang kan.

    Sayang in terms of dia mengadu kat nurse , susu tin yang dibeli adalah mahal tapi bila di beri option yang mudah , dia taknak pulak . The way kita nasihat pon, kena ikut cara. Takleh marah ibu ni. Nasihat kena cara paling berhemah. Guna ayat yang paling mudah dia faham.

    Harap-harap usaha SGM Melaka untuk membawa masuk ahli SGM ke Hospital Melaka to educate , nasihat, beri tunjuk ajar kepada ibu yang dah bersalin di hospital ni akan menjadi kenyataan. Bukan apa, aku rasa the most important thingh regarding educate the mothers adalah dari dalam hospital sejurus diorang lepas bersalin. So they will know kenapa kena bagi susu ibu.


  4. Lebih Kurang 21 Hari Lagi

    August 29, 2010 by arin

    Lebih kurang 21 hari lagi, Hanum will be 4 years old. A mum will always be a mum. Aku cam tak leh nak accept that dia dah makin besar. Makin banyak akal, makin tinggi daya imaginasi nya , makin banyak ragam, makin banyak bual cakap nya , makin banyak buat mak n yah nya blood go upstairs. :)

    Hari ni , sang suami bersihkan bilik dia. Bilik tu before kemas, dah jadi cam Toys R Us aku nengok. Dari mainan yang boleh diguna pakai ke mainan yang tak boleh diguna pakai. Semua ada. Atas katil dia , lagi la. Soft toys yang sepatut nya duduk dalam khemah, semua jadi penghuni katil.Dalam bilik dia memang kami bukakkan khemah ikea igloo tu. Senang budak-budak ni main .

    So bila bilik dia dah bersih , soft toys semua dah masuk washing machine untuk di basuh, yang mana toys dah kopak2 dah di buang  atas katil hanya ada bantal dan comforter dia je. Aku pujuk dia ” Hanum, nanti hanum tido la dalam bilik ni ye ” . Dia jawab ” Nanti tv kat mana ..” .Aduih..mementang sekarang sebelum tido confirm tengok tv atau laptop kat dalam master bedroom dah demand nak tv lak dalam bilik dia.

    Tengok la , kalau ada rezeki beli lagi satu second hand pc, nak buh kat dalam bilik dia. Dia pon just nak tengok dvd je. Then upgrade pc tu so boleh di wifikan then ajar dia guna pc untuk belajar thru net. Kalau sekarang , bila aku ajar benda baru thru laptop , susah jugak . Susah in terms bila aku ada keje nak kena buat time tu gak, dia nak gak pakai laptop time tu . Boleh jadi perang dunia ke – 3 bergado dengan dia.

    Kena jugak ajar dia tido sendiri coz aku ada about plus minus 5 months nak trained dia before adik dia lahir. Insya allah. Kalau dak , bayangkan cramped 5 orang dalam master bedroom ni. Waduh. Aku sendiri takleh imagine. Takkan nak buh satu lagi single bed dalam bilik. Dah jadi cam rumah kongsi lak. Bersempit-sempit. :)

    Harap-harap dia nak tido sendiri…


  5. Misi Untuk Anak-anak Telah Selesai

    August 29, 2010 by arin

    Yabedabedu!!!!

    Anak-anak nya hal telah selesai malam semalam. Dah tak yah pening-pening. Bukan apa, selagi lom settle selagi tu takleh usik budget diorang. Hahahahha.Anyway, malam semalam lepas berbuka Hanum dok cakap ” Ma, jom kita jalan..” . Aku tanya dia ” Hanum nak jalan mana , nak ?” ..Last-last kol 8pm kitaorg gerak ke Jusco lama. Malas nak ke Jusco AEON sebab bahagian kids dekat dengan playground. Bahaya. Kat Jusco lama pon dekat gak, tapi attraction kurang sikit. :)

    Misi cari kasut untuk anak-anak dara ini bermula.Memula kasut Hanum . Aku pilih kasut hanum ala-ala budak kecik. Sekali sang suami kata ” dia dah besar la” . Aku ni , selalu nampak Hanum tuh kecik lagi. Ni la realiti mak susah nak menerima kenyataan anak dia dah besar. :)

    So, bila disarungkan kasut ala-ala girlish, lilac color ke kaki Hanum, sengih-sengih makcik tu. Bila tanya ” Cantik tak? ” Sipu-sipu dia jawab ” Cantik” . Then turn Zara lak, yang ini kerja aku senang je. Sarungkan ke kaki, and tanya cantik ke dak. Jawapan nya sentiasa angguk je. Hehhehe.

    Tak banyak masa di habiskan. Tak larat la aku nak lelama. Nasib baik pegi waktu malam, dah start mabuk penin. Gi Mcd, pekena eskrem. Ok sikit. Hanum habis satu cone sundae. Selalu nya tak habis. Aku yang kena perabis kan.Ni sure excited sangat.

    Bila balik umah, lom sempat aku nak simpan kasut dari dia , Hanum dah bawak naik atas. Simpan kat atas. Betul-betul minat sungguh la dia dengan kasut tu. Hanum memang jenis kalau dah satu kasut tu dia minat, yang itu je dia nak pakai. Sama cam sandal crocs dia yang sekarnag ni. Al kisah, lepas ni dia dah taknak pakai sandal tu lagi la kot. Aduih!

    So cemana ngan anda?Persiapan anak-anak dah selesai?