Lemprica.Com

It's All About Me And You

Restoran Arab Di Melaka

Agak susah sebenarnya hendak mencari restoran selain dari ala-ala tomyam, masakan panas, ikan bakar atau baryani kalau kat Melaka ni. Pusing-pusing asik menu sama je.

So, malam tadi puas google nak cari gak Restoran Arab, then terbaca kat few forums/discussion web pasal Restoran DIMA di Bukit Beruang, Melaka. Then , aku smsed cousin ku – Iklil to confirm kedai ni bukak ke dak waktu malam. Kang dah sampai jejauh kat Bukit Beruang sekali tak bukak. So , Iklil kata bukak till 1am-2am.

Kat mana Restoran DIMA ni ? Kalau dari trafic light IPD Melaka, and kita dari arah Batu Berendam/Sungai Putat , amik kanan. Then jalan ke depan ada satu lagi trafic light amik kanan. DIMA ni kat corner lot sebelah kiri bebetul je lepas sikit trafic light.Shoplot kedai lelama. Kat area sini banyak sangat shoplot baru dan lama.

Dari luar nothing fancy about restoran ni. Ada dua area, satu open satu ber air cond. Memandangkan kat area luar ramai geng2 budak Arab tengah melepak, kitaorang decide masuk ke dalam. Time tuh ada few families and mat2 Arab yang makan.

Bila di beri menu, yang aku tau selalu diorang ni makan adalah Mandi Rice . Tapi kat kedai ni macam2 rice ada. Kaler lelain and of course la price nya agak berbeza. So, bila nak order tu , aku tanya waiter sang pak arab ni apa beza antara semua2 rice ni . Dia jawab ” oh, you first time here. It is ok, i’ll bring few rice and you can taste it then you decide ” . Ah, cantik la..at least aku tak tersilap pilih. Bila dia mai bawak sepinggan nasi ada 3 jenis rice. Ada Mandi Rice, Maqluba dengan apa ntah satu lagi nama. Tak ingat. Tapi memang rasa dan texture lelain. Ada a bit of rempah, ada very mild and satu lagi tuh cam ala2 berkicap.So, we go for Maqluba Rice ..lebih kurang gitu ejaan nya. aku tak ingat. Berempah sikit rasa nya. Kami order for 2-3 people nya set and of course yang lamb nye. Besides tu, Hanum nampak dessert kat menu . Sibuk dia nak “cake,cake” . So aku order kan untuk Hanum.

- payah sungguh aku nak pilih. macam2 jenis menu ada.tengok zara selera selera makan nasi yang dah di order-

So , bila dessert datang dulu, ‘cake’ tuh rasa macam candy.Ada kelapa2 manis gitu. Memang takleh go makan terus sebab memang manis. So, bila nasi kitaorang dah makan, apa lagi ngap time. Daging kambing memang super lembut and nasi tu tak muak even di makan banyak. Adakala kalau kita makan baryani, makan banyak macam dah muak. Yang ini tidak. Memang sedap la.

- yang atas tuh , 3 jenis nasi yang diberi untuk kita rasa, yang sebalah bawah tuh nasi yang kami pilih + lamb , dan kiri tu adalah dessert Hanum pilih -

Servis kat kedai ni kira ok . Cepat dan yang penting kedai ni bersih. Overall , kot sesiapa kat Melaka nak tukar-tukar selera aku rekemen la kedai ni. Selain segala mak nenek jenis nasi yang ada , kat sini gak ada mixed grill kebab, dessert yang bermacam2 . Memang nama aku tak ingat sebab semua nama Arab. Tapi kira menu nya banyak la.

Selamat makan!

6 Comments on Restoran Arab Di Melaka

  1. Sally
    04/07/2010 at 10:30 (4 years ago)

    rin…dari 5 star berapa kau bagi?klu best aku pon nak cuba gak..tp yg aku tau nak makan nasi arab mkn la kat cyberjaya…best woooo

  2. arin
    04/07/2010 at 12:32 (4 years ago)

    sally: 4.5 la.sbb nasi lembut and tak kering.kamben dia mmg superb lembut.

  3. cham
    04/07/2010 at 21:10 (4 years ago)

    kak harga macam tercekik x .

  4. arin
    05/07/2010 at 07:43 (4 years ago)

    cham: standard la. kalau late yang chicken, saiz S start dari RM8 tak silap.macam kami amik 2-3 person set nasi ada kambing , RM32 per set.

  5. haajar
    21/01/2012 at 00:53 (3 years ago)

    yg kek tu lau xsilap mcm basbousah kan…

  6. arin
    25/01/2012 at 13:52 (3 years ago)

    haajar: alamak..tak tau lak apa nama nya.. :)

Leave a reply