Archive | July, 2010

Berita Baik Untuk Orang Melaka!

29 Jul

My good friend – Wawa will start her AlimKids Playgroup insya allah dalam bulan Oktober 2010 di Melaka .

Maybe ada yang tertanya-tanya, apa itu AlimKids Playgroup ?

What is ALIMKids Playgroup?

A “play and learn” playgroup program for children ages 2 to 4 years old, with carefully designed set of lesson plans to develop healthy, physically fit, intelligent and competent Muslim chlidren.

What is a playgroup?
  • Gives children an opportunity to have fun, make new friends and develop new skills through informal play.
  • Provides parents and carers with an opportunity to meet other parents and carers, make friends, and share ideas and experiences.
  • Allows parents and carers to spend quality time with their children, encouraging, helping or simply playing with their children.
Why Alimkids Playgroup?
  • Provide an integrated complete playground curriculum for children ages 2 to 4 years old. – 1 hour only on every weekends.
  • Carefully designed set of lesson plans to develop healthy, physically fit, intellectual and competent Muslim children.
  • the program comprises of both whole language (thematic approach) and phonics (early literacy) using resources relating to Islam
    • Instilling in the children Oneness of God in early concept of Tauhid.
    • Cleanliness in Fiqh
    • Stories from the Quran in Sirah.
    • Simple Daily Du’a.

So, tak sabar aku nak hantar Hanum & Zara ke playgroup ni coz it is not an ordinary playgroup. It is Islamic content playgroup conducted in English.

Info lanjut boleh hubungi :

Wawa : 019-655.1980

Email : noor.azurah@gmail.com

Buah Kiwi

28 Jul

Hari tu beli pack of 4 buah kiwi. Sang suami tak pernah rasa, so beli untuk dia rasa. Sebab aku dok promote sedap rasanya. Masam-masam manis. Teringat waktu dok Melbourne dulu, kalau zaman Kiwi murah, pergh..memang berlambak-lambak jual. Macam buah durian le. Kalau dah murah, dah musim memang la asik nengok buah Kiwi ni je.

Khasiat buah kiwi ni banyak tau. Antara nya :

1. Kajian di Universiti Rutgers menunjukkan buah Kiwi adalah buah yang paling padat kandungan nutrien daripada 27 buah-buahan kegemaran ramai. Ini bermakna, anda memperolehi kebih banyak nutrisi dengan buah kiwi berbanding dengan banyak buah-buahan lain. Satu hidangan 2 buah Kiwi mempunyai lebih banyak Vitamin C berbanding dengan 2 biji buah oren, lebih banyak potasium daripada sebatang pisang, dan lebih banyak serat makanan daripada semangkuk bijirin kepingan sekam.

2. Kandungan mineral esensisal dalam kiwi juga sangat banyak. Seperti kalium, kalsium, magnesium, seng, tembaga, mangan dan fosfor. Mineral kalium dalam kiwi bisa mencapai 5.4 mg/kalori.

3. Kalium berfungsi menjaga fungsi gerak reflek sistem saraf dan menjaga fungsi otot. Mineral ini juga berperan sebagai penurun tekanan darah tinggi. Sedangkan mineral magnesium dalam kiwi mampu mencegah serangan jantung dan hipertensi.

4.Vitamin dalam kiwi juga sangat beragam. Kandungan vitamin C di dalam kiwi jumlahnya 17 kali lipat lebih banyak dibandingkan apel. Kiwi juga mengandung vitamin E, B1, B2, B6 dan vitamin A. Peran vitamin C dan E dalam kiwi berfungsi sebagai antioksidan, zat penangkal radikal bebas penyebab penuaan dini dan pencegah sel kanker.

5.Tingginya kandungan vitamin C dalam kiwi menjadikan buah ini dapat mempertahankan tubuh dari serangan flu dan stress.

So, apa lagi kalau ke supermarket ternampak buah kiwi, grab la sebiji dua. Nampak kecil tapi khasiat nya amat besar.Memang best di makan!

Info :

1. http://www.zespri.com.my/ms/faq/1006/

2.http://www.rileks.com/lifestyle/trendz/healthy-life/29497-cegah-stress-dengan-khasiat-buah-kiwi.html

Dinner Gaya Hari Ini

27 Jul

Semalam beli lamb-bahagian shoulder kat Tesco. Yang dah kerat2 memang khas buat steak nya. So, hari ni nye dinner adalah lamb + sayur + fries.

Aku marinate kejap je. Kalau sehari semalam, rasa dia lagi walllaaaaahhh kot. Anyway, aku marinate 4 ketul tapi masak hanya 2 ketul . Sorang seketul. Bukan apa, kambing ni kang makan bebanyak tambah sakit kepala lak. Dah marinate hati dah senang, nak makan, masak je la. Tengah malam pon ok lagi.

Then beli asparagus. First time masak asparagus . Tapi asaragus yang available adalah kurus-kurus. Macam yang membeli nya. Hahhaha.Memula tak tau nak gayakan cemana. Last2 buat tumis biasa je. Campurkan dengan mushroom + fishball + carrot. Bebudak lak makan fishball je. Dah tu fav diorang. Fries lak goreng garing . Perghhh. Memang marbeles makan.

Kalau makan luar, biasa la kunyah pon nak cepat2 . Tak dapat nak menikmati bebetui makan. Dengan budak-budak tengah umur asik nak melompat je. Cemana le nak makan dengan pelan2.

Cemana dinner anda?

Mereka Mencari, Kita Menjawab

27 Jul

Antara keyword yang masuk ke lemprica.com untuk hari ni :

1. Simbol Barang Tidak Boleh Kena Air ?

Alamak, aku takde lak tulis entry pasal simbol barang ni. Dan tak pernah tau ada ye simbol untuk barang yang tidak boleh kena air.Maaf , tak dapat membantu.

2. Baby’s Upper Lip Inward While Nursing ?

Boleh rujuk entry di page INI untuk cara-cara latching baby yang betul while nursing .

3. Artis Lawak Kena Tangkap?

Sehari dua ni, ramai yang masuk sebab keyword ni. Ini due to Yassin Senario kena tangkap kelmarin. Pasal dadah lagi. Tapi aku tak buat entry pasal tu. Entry lama pasal artis kena tahan dek dadah ni adalah pasal Apek Senario dan Benjy .

4. Filo Dough Malaysia ?

Aiseh, ni pon aku tak paham. Maaf ye, tak dapat membantu.

5. Kelisa Comel ?

Haa..kelisa aku memang comel. Kaler kunin lagi. Nak di jual tapi siapa yang nak beli?Sila angkat tangan ? :p

6. Senaman Sitting Tailer ?

Ok , ni senaman untuk ibu-ibu mengandung. Boleh refer di entry yang INI.

So, banyak lagi la keyword yang masuk. Mostly untuk sehari dua ni pasal artis kena tangkap dadah. Tuh artis cam Yassin tu lupa daratan.Dah kena tahan, tak sedar-sedar diri buat lagi!

Morning Semua..huarghhhhhh..

27 Jul

Mengantuk!

Kol 4.30am tadi, Zara nya badan panas. Bagi ubat ..mmg due ubat pun waktu tu. Aku lupa nak set alarm , nasib mata ni memang tido-tido ayam je kalau anak-anak demam.

Lepas tuh, susah nak tido. Kalau bangun, boleh buat benda takpe la. Ni baru aku mengengsot nak turun katil, Zara dah nangis. Bukan nangis perlahan..kuat ya amat. Macam kena cubit!Padahal bila aku nak gerak tu, aku nengok mata dia katup tido. Ke dia tak tido. Sebab anak-anak dara aku tido mata mmg tak rapat, macam terbukak sikit.

Bayangkan la, percubaan dua tiga kali gitu, diikuti dengan teriakan dia nangis. Nak terkucil pun tahan tau! Zara kalau dah peel camni, dengan sape-sape pun dia taknak. Pernah gak aku biarkan dia nangis, aku buat benda. Ayah dia pujuk, tak jalan gak. Lagi meraung beria-ia. Bila aku datang amik dia, dan-dan terus senyap. Tersebak-sebak nangis.Ngade tol!

So, sekarang ni aku ngantuk. Try tido tadi memang failed. Mata dah macam mata garfield. Kuyu. Baru pekena nescafe panas + JCrown Oreo. Harap-harap segar lah wahai mata!

*p/s : lately, dah tak suka nescafe ais macam sebelum2 ni. prefer nescafe panas. hormon ngandung boleh ubah apa saja minat kita. hehehe.