RSS Feed

July, 2010

  1. Mengimbau Kenangan Di MGHS

    July 31, 2010 by arin

    Hari ni ada Karnival Jubli Emas MGHS- Malacca Girls High School.Sekolah aku dari Form 1 till Form 5. Melangkah masuk sekolah , macam-macam kenangan yang timbul. Rindu zaman sekolah dulu-dulu.

    Masuk je area sekolah, aku cari gerai Alumni. Mau register nama and senang nanti any updates bleh dpt. Bila dah settle, terperasan uan Haslina, cikgu Chemistry aku waktu Form 4 and Form 5. Antara cikgu paling garang. Takut woo ngan dia. Kalau dalam lab, mmg kalu tak buat preparation, habis la. At random je dia pilih and suruh jawab soalan.

    Then pusing-using area sekolah. Ada kawasan yang berubah. Ada remained sama. Gi area kantin, aku tergelak. Tempat ni byk kenangan. Bila waktu rehat, geng-geng aku bertumpu meja yang sama tiap hari sampaikan budak lain cam cuak nak share meja. Sekarang dah cantik area kantin. Dulu?Hahahha..payah nak cakap.

    Lalu gak area building waktu Form 1 , Form 2 and  Form 3. Building sama takde pe yang berubah. Cuma building Form 5 dah ditukar pada bilik persatuan. Lab area pun dah bertukar. Dulu bangunan papan lama, skrg dah pindah bangunan batu baru.

    Overall, last time aku jejak kaki ke sekolah amik Sijil SPM and such. Tahun 1995. Bayangkan dah berapa tahun tak melangkah ke sini. Harap-harap, anak2 aku ada yang dapat bersekolah sini. :)


  2. Mom To Mom Support Group Get Together

    July 30, 2010 by arin

    FB status Puan IdaMurni pagi tadi :

    lets join the breastfeeding support group session at bukit beruang, melaka this sunday (1st august) & share your experience, knowledge, some tears& laughter too. session will start at 4pm till 5pm. fathers & babies are welcome too. IN BREASTFEEDING, YOU NEVER WALK ALONE.

    So apa lagi ibu-ibu, bakal ibu dan sesiapa sahaja, mari lah join Mom to Mom Support Group Get Together di :

    Lot 156, Jalan Bukit Beruang, Bukit Beruang Heights, Melaka.


    Untuk maklumat lanjut , boleh hubungi :

    Hubungi kami untuk maklumat lanjut:

    Ashikin (Air Keroh) 017.381.1605
    Menaka (Bukit Beruang) 017.6150.757
    Jess Wong (Alor Gajah) 016.3568.093
    Mariati (Melaka Tengah) 013.760.1693
    Wawa (Merlimau) 019.655.1980


  3. Karnival Jubli Emas MGHS

    July 30, 2010 by arin

    Hari ni dan esok, ada karnival Jubli Emas sekolah menengah aku – Malacca Girls High School. Tak sabar nak gi. Dah berapa tahun aku tak jejak MGHS.

    Zaman di MGHS dari Form 1 till Form 5 memang banyak memories. Dari waktu sekolah nak naik taraf buat building baru, class kitaorang dok asik kena floating je. Lepas satu subject, berpindah randah bawak beg berat & buku berat ke kelas lain. Kengkadang tu , ada subject kena belajar dalam dewan sebab kelas tak cukup. Ni semua sebab building baru nak naik.

    Kalau tang hujan lagi la. Confirm air naik. Kadang-kadang takat betis. Nasib abik sekolah semua all girls. Angkat le kain sekolah tu tinggi-tinggi. Tapi memang best waktu sekolah ni. Kalau dah naik form 5 tu memang jadi tyco la. Kitaorang kadang gurau dasyat. Siap amik kasut sekolah mangsa, baling jejauh. Gilo.Pastu terkial-kial si mangsa cari kasut sekolah dia.

    - ni antara geng melepak bersama , gambar kat dewan. Ntah cmana rupa dewan MGHS skrg -

    - ni ngn classmates, aku tak sure form berapa. Rasanya form 3 kot time ni -

    Sekolah aku ni , building zaman Jepun. And sekolah aku ada sediakan hostel jugak untuk pelajar jauh . So paham-paham la kalau building lama ni, memacam le yang ‘ziarah jenguk ‘ . Hehehehe.

    Ok, kalau ada rezeki, aku akan pergi ke Jubli Emas MGHS ni. Nanti aku snap gambar2 terkini sekolah aku.


  4. The Calling

    July 29, 2010 by arin

    Tadi on the way back from bandar, dengar RedFm. So , ada lagu The Calling – Wherever You Will Go.

    So lately, I’ve been wonderin
    Who will be there to take my place
    When I’m gone, you’ll need love
    To light the shadows on your face
    If a great wave should fall
    It would fall upon us all
    And between the sand and stone
    Could you make it on your own

    [Chorus:]
    If I could, then I would
    I’ll go wherever you will go
    Way up high or down low
    I’ll go wherever you will go

    And maybe, I’ll find out
    The way to make it back someday
    To watch you, to guide you
    Through the darkest of your days
    If a great wave should fall
    It would fall upon us all
    Well I hope there’s someone out there
    Who can bring me back to you

    [Chorus]

    Runaway with my heart
    Runaway with my hope
    Runaway with my love

    I know now, just quite how
    My life and love might still go on
    In your heart and your mind
    I’ll stay with you for all of time

    [Chorus]

    If I could turn back time
    I’ll go wherever you will go
    If I could make you mine
    I’ll go wherever you will go

    Lagu ni reminds me the first year aku kat Melbourne. Distance relationship ngn sang suami le. Bila single lagu ni keluar kat Melbourne, aku beli and dok le pasang, aku rasa beribu-ribu kali aku dok rewind and play. Kalau CD Player tuh boleh bercakap sure dia dah marah aku. CD Single – The Calling hanya ada 4 – 5 lagu. Tapi semua lagu sama kecuali rentak ada lain sikit. Kenapa  dok play banyak kali ? Kunun-kunun cam seksanya bercinta jarak jauh ni. :p

    I know, Fatin my blogger friend sedang bercinta jarak jauh. Susah kan, Fatin?But it’s fun actually. Coz pada pengalaman aku, kira nya kita test diri kita untuk lebih loyal. Tapi aku rasa time 2002 , nasib baik la dah ada YM. Boleh chat. But still tak sama ngan tepon la kan?Tapi waktu 1998 aku pernah berchat ngan sang suami pakai BBS . Pergh, lagi mencabar pakai tu.

    Can we be loyal and assure that distance relationship tu berjaya? Hanya hati kita yang tahu. Sometimes loneliness do struck us but again, depends pada hati kita. Kalu kita saje nak test market , nak memain jangan terperangkap udah la. Kang bila dah terperangkap, takde jalan keluar, itu kes naya.

    So guys, what is your love song/s?Share la…


  5. Antara Roti Canai Terbaik di Melaka

    July 29, 2010 by arin

    Siapa2 yang datang Melaka, teringin nak makan roti canai yang sedap rasa nya , meh aku share tempat-tempat yang best :

    1. Gerai di sebelah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( Cina ) di Pokok Mangga. Kat main road. Gerai ni betul-betul sebelah sekolah ni, pastuh ada kawasan tempat letak kereta. Kalau weekend atau awal pagi memang penuh gerai ni. Roti canai dia ( apa jugak jenis ) , lembut and sedap. Kuah dia pon best. Besides, roti canai ada gak nasi lemak bungkus, kuih muih.Servis cepat. Harga?Murah gila. Contoh : 1 bungkus nasik lemak + 1 roti tampal + 1 roti canai + 2 biji telur separuh masak + 1 kopi panas + 1 teh ais = RM6.20 . :)

    2. Tamby Bukit Baru : Gerai ni kat Bukit Baru . Berdepan ngan flat sri siantan, bukit baru. Lebih kurang macam atas sikit bukit. Ternaik sikit la. Bukan kat tanah landai. Kat sini roti memang super lembut. Tapi lambat sikit dapat . Selain roti, speciality nya adalah murtabak. Kalau order , kena tahan la dalam 15 minit gitu baru dapat . Lambat tai sedap.

    3. Gerai di lereh. Betul-betul berdepan dengan sekolah rendah kebangsaan lereh. Gerai yang bersebelahan dengan nasi lemak yang famous di area lereh. Servis cepat, harga murah. Roti lembut. Kalau weekend, penuh.So, pergi la before jam 10am.

    4. Kalau sebelah petang, gerai Malinja di Bukit Baru ( near to Straits Meridian , belakang Apple Burger ) pon ada roti terbang. Roti dia seda , pekena dengan asam pedas. Phewww, meleleh . Kat gerai Malinja ni ( nama kedai ni ) , speciality nya adalah asam pedas. So, memang terbaik dari ladang la roti canai pekena ngan asam pedas.

    So, itu antara yang pada aku best. Kalau ke Melaka, dan tercari-cari mana nak makan roti canai, pergi la jenguk tempat-tempat yang aku mention ni.

    Selamat makan!