Share-share : 9 Deadly Words Used By Women
28 Jun
Tepat sekali.Meh share-share:
From HERE.
28 Jun
Terdapat dua versi cerita yang berlainan pasal pelawak, pelakon veteran S. Shamsudin kritikal terjatuh.
Kalau baca dalam Mstar Online, diberitakan S. Shamsudin jatuh kat toilet . Tapi kalau kat Utusan Online, dilapurkan jatuh dari katil.
Klik sini untuk berita di Mstar Online : S. Shamsudin Kritikal Selepas Jatuh Bilik Air
Klik sini untuk berita di Utusan Online : Pelakon komedi S. Shamsudin cedera jatuh katil
Alamak wartawan, get ur info betul la. Mana satu yang betul ni. Aku peminat S. Shamsudin. Memang suka tengok dia berlakon dalam cerita2 P ramlee. Last week baru ditunjukkan Nujum Pak Belalang kat TV2. Paling lawak kalau cerita Nujum Pak Belalang ni , yang waktu Sudin and Aziz Satar kira and nak bahagikan hasil rompakan tuh. Yang waktu bahagi-bahagi kan dalam gua tuh . “Satu untuk kau, satu untuk aku ” .
Apa-apa pun di harap pelakon, pelawak S. Shamsudin akan cepat sembuh.
28 Jun
Jawapan nya : Boleh.
Tapi jika badan tak kuat, empunya diri sendiri merasakan badan lembik sahaja, tidak bertenaga maka wean kan lah anak itu.Kerana takut memudarat kan ibu dan baby dalam perut tuh.
Menurut info diĀ La Leche League International :
Breastfeeding during pregnancy is perfectly safe. As long as you eat reasonably well, then your unborn baby will not be deprived of nutrients. Even if you suffer from morning sickness and find eating very difficult, your body will naturally go into overdrive to efficiently use all the nutrients it has access to in order to prevent you and the baby from being deficient. Once you are feeling better, then you can make up by eating plenty of nutritious food — and lots of it!
Info lanjut boleh click HERE .
Kes aku : Alhamdulillah so far ok.Masih belum weankan Zara 100% tetapi tengah berusaha ke arah itu. Susu formula?Di tolak dek Zara . Hanya main puting botol je. So , alternatif adalah milo kotak atau susu kotak berperisa choc. Kira ok la dia memang nak minum tang tuh. And aku skrg jarakĀ kan waktu untuk breastfeed Zara.
Adakala , mabuk juga mcm smlm. Asik terbaring .Tak tau sebab apa. Mungkin hormon imbalance dan pembawakan kot. Waktu Hanum & Zara, rasa cam steady je. Takde pening yang melampau atau sewaktu dengannya.
So , untuk mak-mak yang still breastfeed anak tapi pregnant, ni ada link info yang amat berguna . Click HERE .
27 Jun
Siapa dah pernah terjah page ‘Hospital Bersalin’ ni?Pada emak-emak, bakal emak dan sesiapa sahaja tak kira lelaki ke perempuan, page ni memang banyak info. Info dari segi pandangan, pendapat setiap orang yang ada di page ni. And ada time tuh, soalan2 yang kita sendiri tak terfikir dan solutions nya.
Terai la jengah, memang menarik.
27 Jun
Kat dalam master bedroom ada dua katil dikongsi bersama 4 orang ( 2 dewasa + 2 kanak-kanak). Satu queen bed dan satu lagi single bed di attach bersama. Malam tadi halfway tengok Korea vs Uruguay ( ces…Korea kalah! dan aku pon terlupa nak makan folic acid malam semalam.double ces!) , aku terlelap di katil single bed sambil breastfeedkan Zara. Hanum bosan merengek nak suruh tukar cerita dia tapi aku buat dunno , last2 tertido di katil queen. Aku lebih suka tido di katil single sebab luas sket bila nak susukan zara.And biasa la, akan bertukar dari kiri ke kanan.So, ample space la.
Tapi, dalam kol 3am gitu, aku tengok Hanum dah kat single bed. Dah pulak 3 orang ( termasuk aku ) kat atas katil tuh. Boleh bayangkan betapa sempit nya. Tuh lom lagi ada bantal kecik2 pelbagai rupa. Dah sakit pinggang aku tido dalam keadaan menyelit. Hanum kalau tido memang lasak sket. Dalam tido dia leh karate sesapa yangs ekatil dengan nya.
So, dalam kol 5.30am, tak larat dah badan merengkot ..aku switch ke queen. Zara nyenyak time tu. So biarkan je dia ngan Hanum sekatil. Tapi aku rasa tak sampai 5 minit, dengar “mama..mama..” . Kan dah cakap, Zara ni takleh bau aku hilang.Nak gak bau masyam mama dia kalau dia tido. So, tetengah gelap tuh aku cakap ” Meh datang sini…” . Terkedek budak tuh mai .Peluk tido..sampai la ni nyenyak. Al maklum, hujan pulak tuh dari awal pagi. Sejuk je.
Tuh la kisah nye. Dua katil tapi jadi satu sebab semua nak berhimpit tido ngan mama nya.Semua nak bau masyam mama dia.Kekekekeke.
Hanum dah disediakan satu bilik sebenarnya. Ada single bed kat bilik tu beserta mak nenek mainan, meja kerusi dia but dia still taknak tido kat bilik tu. Ntah bila dia nak start tido situ. Sekarang ni, bilik tuh jadi bilik budak berdua ni main je. Kepah?Jangan cakap la. Baru kemas dah start kepah balik. Bila tanya siapa buat. Jawapan Hanum, simple je ” Adik buat ..” . Kekekekkeke…