Semua pengalaman lain-lain. Dari tang mengandung sampai la budak-budak tuh dah lahir and dah besar panjang. Yang pasti rumah adakala memang macam tongkang pecah. Macam rumah aku.Kahkahkah. Unless ko ada maid, tuh tak masuk dalam cerita ini.
Cemana takmo kasi rumah macam tongkang pecah?
Antara yang aku leh share :
- Mainan anak-anak letak kat satu tempat/bilik. Dia nak melompat, nak main, nak berkuntau semua kat situ. So, bila kita berkemas, mudah sikit kerja.
- Ajar anak ngemas lepas main. Maybe tak semua permainan dia akan kemas. Nama pun budak, apa sangat yang diorang boleh paham macam adult kan?But bila di ajar, sikit2 dia paham and bila bagi arahan dia dah boleh buat sendiri. Susah nak ajar?Bagi ugut sikit.Betul, cakap la ” kang no tv..” . Things like that.
- Kalau ada baby yang jenis nak ngempeng je, kita nak buat keja pun susah, invest duit – beli pouch/sling wrap.Sambil buat keje , baby dengan kita. Ada kadang-kadang bukan nak sangat nyusu bf ( padahal b4 tuh dah lama n byk dia minum sampai muntah2 ) , tapi baby dah attach dengan bau kita.So tuh pasal dia nak melekap je.Try guna pouch/sling wrap.It helps a lot.
- Husband memainkan peranan yang penting. Kata la ada 2 anak, macam kes aku. If yang sulung buat hal, need attention, passkan yang second ke ayahnya. If aku tengah breastfeed zara and dia macam dah nak lelap, Hanum need to go to toilet, mintak ayah nya teman n cuci.
-Adakala, ada anak jarang kita ke dapur. Balik rumah, penat dari tempat kerja tak hilang , kena masak pulak. Again, husband memainkan peranan yang penting. Tolak ansur dalam hal masak memasak. If penat sangat , tak terlarat nak masuk dapur , request husband beli lauk yang dah siap and makan kat umah ( kalau makan kat luar lagi banyak penat.Sebab kena deal ngan kerenah anak-anak ) . Or boleh jugak minta tolong husband masak. Seems impossible?Try tanya husband and tengok reaction dia.
- ni antara lauk yang di masak oleh sang suami semalam, ala2 sauteed mushroom di Marche tapi dia tambah crabstick-
Setakat masak nasi, and tolong gorengkan telur. Yang lelain, kita buat. At least time husband kat dapur, kita leh give our time to anak-anak sambil rehat kejap.Bernafas le sikit kan dari kena rushing masak di dapur.
- Give and take dalam hal rumahtangga. Kalau seorang je yang buat memang terasa penat. Kalau kita buat benda lain, hal anak-anak kita passkan kejap kat husband. Biar anak-anak bergolek dengan ayah nya. So, time tu kita nak ngemas, nak mandi lama-lama pun no hal.
Ni antara yang aku dan sang suami buat . Ye la, kalau dah 100% kerja-kerja di rumah suruh one party je buat, memang penat. Tapi aku memang gerun nengok sang suami bergurau ngan anak-anak. Tapi anak-anak suka.Macam naik horse, fly high like a bird. Tapi cuba aku buat gitu ngan anak-anak, muka diorang tak best je. Cit, pilih kasih tol bebudak ni. Hehhehehee.
Good luck mothers & fathers out there!