Taman Botanikal Melaka

22 May

Pagi Sabtu hujan turun dengan agak lebat, tapi dalam kol 10am gitu dah reda . So, decide nak bawa budak-budak berdua ni ke Taman Botanikal yang terletak di Ayer Keroh , Melaka. Last time masuk sini was like belas tahun yang dulu kot.Dah lama sunguh.Dulu nama tempat nih Hutan Rekreasi.

Waktu sampai, parking masih banyak kosong. Ye la , lepas hujan siapa yang nak keluar rumah kan. Dah la mendung je cuaca.

Kat Taman Botanikal ni activities dia jogging, jenjalan sambil amik gambar ( itu kami le ) and berbasikal. Laluan jalan memang agak luas dan ber tar. So jangan risau bab lecak selepas hujan ke apa. Jalan dalam dekat2 1km ada taman permainan untuk anak-anak, taman pra-sejarah, taman cerita. Di dalam Taman Botanikal ini juga terletak Kampung Buku Melaka. Sebuah building dua tingkat yang dibina, dibuat seperti library. Tak sempat masuk sebab bebudak dah nampak dinosaurs. :) . Sebelah Kampung Buku Melaka ni juga, ada Muzium Perhutanan Melaka. Kami bergambar di tangga muzium je.

Penat berjalan?Memang penat sebab on the way balik ke main entrance, kami tak lalu jalan yang masa kami masuk instead guna jalan lain. Dah half way jalan terasa cuak coz tak terserempak dengan orang pun. Pulak tuh, atas pokok nampak monkeys.Hehehhe.Takut sesat jalan, dah satu hal nak patah balik. Sekali nasib baik tak sesat.Phewww. Tapi lagi 10 minit nak sampai ke kereta, hujan turun . Nasib baik bawa payung. Ada gak nampak orang yang datang terpaksa berteduh bawah pondok-pondok.Nasib hujan je tak disertakan ngan guruh petir.

Lenkali, sape-sape nak mai sini, boleh datang untuk exercise ngan anak2. Banyak alatan exercise yang still baru2 lagi.Pastuh walaupun jalan jauh, memang tak terasa bahang panas sebab redup dek pokok2 yang ada.Kalau sape2 nak bergambar, memang cantik la tempat nih.

No comments yet

Leave a Reply

CommentLuv badge