Archive | May, 2010

Hari Server Weng

29 May

Sesiapa yang try to access lemprica.com and printsini.com  beberapa kali hari ini sure mendapat message ” server is not responding ” . Memang benar.Hari ni je aku dah hantar ticket aduan dua kali kepada hosting company. After hantar , access to web dah ok.Tapi after few hours, jadi balik. Duhhhh…

Idea banyak nak menulis pon jadi terbantut.

Malam kang nak menyelesaikan tag dari Syigim tapi sebelum tuh kena godek entry lama.Hehhehhehe…

Angin Malam ..

29 May

Semalam mlm, lepas maghrib, kami ke AEON sebab anak nombo satu nak mkn JCo Donut. As usual, tapau half dozen untuk di bawa balik. Tapi standard la, waktu kitaorg dinner kat AEON ni, dua ketukl dah habis di ngap.

Lepas tuh, saje pusing bandar. Memandangkan siang nya panas gila, tak bawak bebudak nih keluar so waktu malam bawak la. Pusing ke area Jalan Tun Ali. Tempat bus stand lama dan bus express lama Melaka. Sebelum berpindah di Melaka Sentral. Lama sungguh tempat ni diabaikan tapi sekarang area bus express Melaka tuh dah ada Pirate Park.

Kawasan tak besar, and ada 2 rides je. But mostly yang datang, duduk2 tepi sungai Melaka amik angin sambil tengok pemandangan keliling ( geng mak nyah ada port di sini ) . Cantik tempat ni bila dah di revamp. Dengan lampu2 and susur Sungai Melaka di buat cantik2 , memang kalau malam macam malam tadi penuh ngan orang.

Memula Hanum nak naik Pirate Ship, waduh..mau dia terjerit naik, so after di pujuk kami naik la Eye On Melaka. Tak tinggi mana pun.Tapi 3 kali pusing, kira ok la. Harga tiket :

Adult : RM5 seorang

Kanak-kanak : RM3 seorang.

Kat sini gak Jumaat-Ahad ada macam bazaar. Tapi aku tengok kanopi lagi banyak dari orang meniaga. Tak pasti la kenapa.Mungkin kalau hari weekend yang bukan hari cuti umum, sambutan tak hot kot.

Update & Edit Sikit-sikit Gambar

29 May

Kalau nak tengok gambar kami, yang telah di edit sikit-sikit , sila la ke :

http://www.lemprica.com/foto

Bebudak ni suka sangat kalau tengok tang animals tuh. Teruja sungguh siap buat bunyi-bunyian.Hehhehe.

Breastfeeding & 18 Bulan

28 May

Alhamdulillah.Tak pernah terfikir dapat breastfeed Zara Aliyah sehingga ke hari ini. Rezeki dariNya ada dalam pelbagai bentuk.Rezeki susu untuk Zara alhamdulillah masih ada sampai sekarang.

18 bulan and still brestfeeding her, how do i feel?Senang dan memang mudah.Senang dalam erti kata aku boleh breastfeed kan dia anywhere, anytime without any hassle.Ko selak je sket nursing wear tu and tadaaaaa, zara churp churp ngan enak nya. Tapi standard la kan, makin besar makin panjang akal nya. Kadang-kadang ada je gaya yang dia buat but yet she still latch to the breast and nyusu.

Aku pernah terfikir untuk bottle milk kan dia.Dah pernah beli pon but dia taknak isap puting botol. So , malas nak fikir-fikir kena beli botol la apa la, aku bagi je bf kat dia.Oh ye, for 18 months aku direct feed dia.Sekali je aku pump tuh pon untuk tau sejauh mana hasil yang aku dapat.Direct feeding ni memang kita tak dapat agak anak dah fully kenyang or not. Benchmark aku, kalau dia dah tertido while feeding tuh memang dah cukup kenyang. Kadang2 bila feed kan dia bleh dengar bunyi susu tuh masuk tekak.Hehhehe.And the best part bila aku nak tau dia nih betul ke feed atau just memain, kepala zara sure berpeluh2 gilos. Even kadang2 dalam air cond.

Cemana pulak bab makan Zara ni selain breastfeed? Dia nye pemakanan amat berlainan dengan kakak dia. For Zara dia tidak memilih. Umur Hanum waktu macam ni, dia dah start jadi picky.But for Zara, asalkan benda tuh rangup, garing memang dia ngap. Kalau biskut memang laju.Kalau keropok ikan tuh lagi la.Dia leh conquered balang keropok tuh untuk dia sorang. Al maklum gigi dah banyak.Hehehhehh.Nasi pon dia laju makan kalau ada carrot / fishball.

Anyway, aku harap aku akan dapat terus breastfeed her till dia dua tahun.In case kot dia dah taknak, no worries kalau dia refused bottle kita bagi susu dalam cup. Nasib baik sekarang dia dah terar sip dari cup atau dari botol air dia. :)

p/s: Oh ye, berat aku sekarang adalah 42kg. Bab makan memang laju dan asik-asik nak makan. Due to kelaparan lepas after feeding kan Zara.

Sakit Perut Biasa Atau Acid Reflux?

27 May

Kan Hanum tak sihat dengan demam nya la, dengan sakit perut nya la.So , tghr tadi dah ke Chid Specialist – Klinik Liaw di Cheng-Malim. Kami pernah ke sini dalam jam 2pm ( lepas klinik bukak balik after tutup lunch hour ). Time tuh, dekat satu jam setengah menunggu giliran jumpe doc. Tapi tadi, tak sampai 10 minit tunggu. Tak ramai patients. Lega den. Budak-budak pon sibuk main rumah-rumah sementara tunggu.

Aku risau takut Hanum kena acid reflux. Atau selalu nya kita panggil gastric. Jangan tak tau acid reflux boleh dihidapi oleh kanak-kanak jugak. Tapi bila kau baca symptoms nya, takde la ciri-ciri yang ada pada Hanum.

Antara symptoms for Pediatric Reflux ( Dihidapi oleh kanak-kanak ) :

  • Irritability and pain, sometimes screaming suddenly when asleep. Constant or sudden crying or “colic” like symptoms. Babies can be inconsolable especially when laid down flat.
  • Poor sleep habits typically with arching their necks and back during or after feeding
  • Excessive possetting or vomiting
  • Frequent burping or frequent hiccups
  • Excessive dribbling or running nose
  • Swallowing problems, gagging and choking
  • Frequent ear infections or sinus congestion
  • Babies are often very gassy and extremely difficult to “burp” after feeds
  • Refusing feeds or frequent feeds for comfort
  • Night time coughing, extreme cases of acid reflux can cause apnoea and respiratory problems such as asthma, bronchitis and pneumonia if stomach contents are inhaled.
  • Bad breath – smelling acidy
  • Rancid/acid smelling diapers with loose stool. Bowel movements can be very frequent or babies can be constipated.
  • Info from HERE .

More info pasal acid reflux nih boleh klik SINI .

Bila dah jumpa Doc Liaw, he said that Hanum sakit perut due to bila dia buang air besar, selalu keras dalam erti kata lain sembelit ( before tuh Doc puas la bertanya dek pemakanan Hanum, kekerapan Hanum buang air besar etc ). So itu antara punca perut sakit walaupun dah buang air besar. So, doc prescribed ubat makan for sembelit, ubat demam dan antibiotik.Kalau each time nak buang air besar letak ubat kat bontot pon is not good for kids.

Bila bangun dari tido petang tadi dia request nak roti canai so kami bawa la ke Subaidah di Hang Tuah Mall sebab kat situ saja la dia akan makan roti canai dengan habis nya. Kalau tempat lain susah nak tengok dia makan habis.Tapi dia makan tak banyak tadi. Then dia mintak half boiled egss. Adalah 3 sudu dia makan eggs tuh.Harap2 after dua tiga kali constant bagi makan ubat, selera makan dia akan elok balik. Risau sungguh hati ni.Puas aku google cemana nak bagi dia selera semula.