RSS Feed

May, 2010

  1. Pasar Malam Lereh

    May 31, 2010 by arin

    Pasar malam yang jarak nya paling hampir dengan Rumah No 6. Dalam 5 minit bawa kereta je dah sampai.Berdekatan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Lereh.Pasar malam ni lorong dia kecik je.Tapi gerai kiri kanan.Kalau pergi, confirm ada bau2 tambahan selain orang masak memasak.Sempit jangan cakap la.

    Kat sini gak, aku sudah cop satu gerai char kuey tiaw yang sedap mengikut piawaian aku.Macam kalau kat kamunting, rasa nya sama ngan gerai kueytiaw Abu Samah dekat dengan perhentian bas Kamunting. Brother yang jual char kuey tiaw kat pasar malam ni dia nya aksesori adalah kuali satu, bekas2 isi kandung kueytiaw. And dia jual dua menu, char kuey tiaw goreng RM3.00 dan char kuey tiaw basah RM3.50 . Kerang memang banyak.Telur pon banyak.Memang sedap la.Daun kuchai pon banyak gak.Pedas on ye gak. Pheew.Tadi dah beli , mmg sodap la.

    Selain dari makan2, sini jugak la port beli telur. Gred C nye telur sebiji baru 27sen while gred A baru 31sen. Kalu kt kedai2 / supermarket, mostly gred C dah 33 sen sebijik. Sayur-sayur tuh standard harga la.Ikan,ayam dan daging pun harga market.Standard je.

    Yang bagus nya, pasar malam Lereh ni tak banyak gerai jual mainan.Kurang la aku kena paw ngan Hanum. Nih hari dia tak ikut ke pasar malam since dah tido sebelum maghrib tadi lagi. Tapi last week dia paw yo-yo Ben10 . Main nye kejap je.Ishhh.

    So, macamana pasar malam di tempat anda?Apa yang paling best?


  2. Doakan Mereka Selamat

    May 31, 2010 by arin

    Malaysians on board aid ship attacked by Israeli warship

    Full articles  at thestar.com.my . Click HERE .

    For live coverage, click Al-Jazeera English . Click HERE .

    Jika anda on twitter , type #fortilla , #flotilla untuk info terkini .

    Semoga mereka selamat. Setakat entry ini ditulis, menurut Al- Jazeera , seramai 16 orang telah terbunuh. Tidak pasti identitinya.Misi ini adalah misi kemanusiaan, membawa bantuan kepada rakyat Palestine.Tetapi Israel yang langsung zero hati perut telah menyerang kapal bantuan ini.


  3. Oh Tag!

    May 30, 2010 by arin

    Di tag lagi oleh Syigim yang berada jauh nun di Dubai sana..

    1. Where are you?

    At the moment..lying on my bed while typing this entry.

    2. What do you do?

    A work at home mum ( WAHM ) , a housewife that have 2 kids and balancing my life with other stuffs.

    3. What is your blog name and why?

    Ok, ini adalah agak kelakar.Coz at first i want to name my blog for lempicka – sempena nama my fav perfume which is lolita lempicka but somehow tersalah type while fill up the forms for blogspot, instead of lempicka , i wrote ‘lemprica’. Itu la cerita nya.

    4. When did you start blogging?

    May 2007 via blogspot and then change to www.lemprica.com ( 19.10.2009 )

    5. Give the link when you were the happiest to blog?

    All about my daughters and especially when Zara Aliyah is born. Click HERE .

    6. Give the link when you were the saddest to blog?

    Erm..whenever words seems can’t express my feeling.Please click HERE , HERE or HERE .
    7. Give the link when you were the angriest to blog?

    Ahaaaa..recently . Click HERE.

    8. Give the link when you were most in love?

    Anything falls under categories :  ‘daughters , jalan-jalan, makan-makan & trips ‘.

    9. Give the link of a post that turns out to be very meaningful to you?

    Whenever i wrote about my daughters. Itu la intan payung penawar segala.

    So, please click the category : ‘daughters‘ .

    10. Tag some friends to know about their answer?

    Elyn

    Dilot

    Fatin

    IntanMaria

    Happy Monday people..


  4. Sunday

    May 30, 2010 by arin

    How was your sunday?

    Mine?

    Like this..


  5. Cerekarama – 21 Hari

    May 30, 2010 by arin

    Emo la tengok cerita ni.Stress lak kepala.Kenapa?Cerita ni pasal sepasang suami isteri kehilangan anak perempuan . Kesian si anak kena paksa jadi peminta sedekah, hamir2 nak kena rogol ngan  ‘bapa’ yang pelihara/simpan dia tuh. Nasib ‘ibu’  dalam cerita tuh elok peel nya gak.Macam2 di buat nak cari anak dia and at last jumpa.Tapi bila dah jumpa, anak dia still terbayang2 ‘ibu’ yang pelihara/simpan dia waktu dia hilang tuh.Dah le pulak mak betul si anak nih emo tengok anak trauma cam gitu sekali.

    Macamana leh hilang?Anak diaorang tak pegang tangan salah seorang waktu berjalan. Yang parents lak, dok jalan di depan, gelak2 ketawa biarkan anak jalan belakang dok pegang anak patung . Macamana tuh?Salah parents la.Supposed, pegang tangan anak.Kalau anak taknak di pegang pastikan dia berjalan DEPAN kita.Bukan BELAKANG.Mata kita terletak di depan.Ye tak?

    Aku kalau gie supermarket yang ada troli, memang aku masukkan bebudak dua orang ni dalam troli.Kalau kat AEON ada troli kereta tuh.Lagi la diorang asyik duduk dalam tuh.Risau woo.Kalau nak jalan pun, pegang tangan.

    Anyway, peringatan pada kita semua, anak2 tu cemana pon dia nak jalan lenggang mak limah, pastikan mata kita kat dia.Jangan sekali2 terlepas pandang.Teringat cerita cousin aku, anak dia yang second umur 3 tahun, a boy hilang selama 45 minit di Alamanda Putrajaya.Anak dia mistaken ayah dia ngan orang lain.Bila dia tersedar, dia baru tahu dia ikut belakang orang lain.Diri la dia menangis and jalan sampai pintu entrance Carrefour. Nasib baik jumpa.Tapi bak kata cousin aku 45 minit hilang, memang rasa macam tak pijak tanah waktu berdiri.Risau serisau2 nya.

    So, hati-hati ye semua.