Tasik Ayer Keroh, Melaka

17 Apr

Apa ada kat sini?

Macam-macam jenis aktiviti boleh dilakukan. Antara nya : canoe, paddle boat, naik basikal pusing2 area tasik atau cruise boat area tasik.

So, memandangkan budak2 nih kecik lagi, so canoe dan paddle boat adalah memang tolak ke tepi, yang tinggal adalah boat cruise dan naik basikal.

Tiket untuk boat cruise ni adalah RM3 per person.Pusing tasik dalam 20-30 minit je. Nampak la area zoo, sedikit pemandangan Taman Mini Malaysia dan of course nampak orang tengah main golf. Zara dalam boat nih memang taknak duduk diam. Kejap ke depan.Kejap ke belakang.Kakak lak, orang semua pakai jaket keselamatan. Dia seboleh2 takmo pakai.Siap nangis and buat muka taknak pakai.Alahaaaaiiii anak ku yang seorang ni.

Dah lepas pusing tasik, Hanum nampak playground. Apa lagi, sakan le dia nak main kat playground tuh.Semua benda dia naik.Test naik , manjat kejap pastuh lari-lari. Mana tak rambut dia cam baru lepas mandi. Mandi dengan peluh!

Tengah minum kat gerai yang ada situ, Hanum baik nye ngendeng cakap ” ma, nak naik basikal ” . Macam la kat umah tade basikal.So, memandangkan basikal 2 seater available, so yang pasti kena carry dia adalah apak nya.

Untuk ride nih, tiket adalah RM3 per person selama 1 jam. Berbaloi la. Sebab lama and pusing la ikut mana nak pusing.

Sementara si kakak naik basikal ngan apak nya, si adik dok main kat area rumput kawasan ni. Kalau perati kan gambar bawah ni, nih tanpa sedar dia menggentel pusat dia. Habit zara memang gitu. Kalau nyusu, mak dia yang jadi mangsa. So, sesuka dia tengah berdiri terpacak dalam panas pon termenggentel pusat dia. Hehhehehehe…

So, pada yang tak tau apa nak buat during weekend, datang la ke Tasik Ayer Keroh ni. Tapi datang either waktu pagi atau dalam jam 3pm gitu.Sebab nya, banyak yang available. Waktu kami dah nak balik, orang dah start ramai. Padang , playground, orang nak naik basikal dah start penuh. Kang lama lak nak tunggu giliran nak naik rides semua tuh.

5 Responses to “Tasik Ayer Keroh, Melaka”

  1. Mama danial 18/04/2010 at 01:14 #

    Sangat tidak senonoh si bambam tuh! Jatuh laa saham mcm ni dik oi! Asal boleh jek in public, cet!
    p/s: gambar muka tersentil celah kerusi bot adalah sgt cute!

  2. Nadiah Sidek 18/04/2010 at 05:12 #

    hihi..bocor rahsia zara! kalau kak arin tak sebut, mmg tak tau pun zara duk menggentel pusat :D

  3. arin 18/04/2010 at 07:32 #

    mama long : zara kan pakar buat aksi..
    nadiah : hahahha…kalau tak sure orang tertanya apa kobondo budak nih buek..

  4. alpyan 18/04/2010 at 10:48 #

    bagus laporan kau Arin. nanti aku pi Melaka, insyaAllaah leh singgah :D Kat Penang ni pon ada kot tempat2 camni, cuma aku je yg malas nak check. hehehehe. weh, ko datang penang aa pulak, lepas tu buat laporan dalam blog ni :D Kang baru laa aku leh pegi. kekekekeke

  5. arin 18/04/2010 at 11:22 #

    Alpyan: hahahhaha..nantiiiiii aku sampai penang.tak tau bila taun lagi..:p

Leave a Reply

CommentLuv badge