Archive | April, 2010

First Timer .. Part 2

27 Apr

Ingat lagi tak lagi entry nih pasal first time dulu gi menyelesaikan bil Celcom di Kedai Celcom?

Berkuatkuasa last week , kapasiti 5GB aku dah habis and after that, speed walaupun tertulis 3.6Mbps but sometimes laju sometimes selo mengalahkan kura-kura melintas jalan. Ingat kan, bila dah bayar bil, automatik akan back to 5GB . But tidak rupa nya. Celcom akan managed speed kita until the next billing cycle ( every 28th ) untuk reset to 5Gb semula. Bila kena managed speed, memang kadangkala loading time satu page makan masa yang amat panjang.Kadang2 laju. Penin wooo.

So, over the weekend memang line haru . Ingat smlm pagi nak ke Kedai Celcom kat Melaka Raya to tanya info and purchased additional data volumes. Pastu, mcm tergerak hati nak baca FAQ Celcom Broadband lagi sekali especially bab Fair Usage Policy .Sekali tengok, rupa nya leh purchased onlined via Customer Services Online.Lorrrr…

Macamana?

1.

Gie website nih : http://www.celcom.com.my/onlinecustomerservice/

- Signup, then ikut segala steps yang diberi.

2.

- Pastuh masukkan username & password.

3.

- Ok sekarang dah masuk bahagian Home. Pilih My Account > and klik Fair Usage Policy.

4.

- Kat sini, pilih la *Agree and then click Purchased Additional Quota. Aku tak dapat catured the web bila click tu coz aku baru purchased semalam. Nanti bila click situ, ada 2 pilihan :

1. 1GB = RM5

2. 5GB = RM20

So, pilih la mana satu additional choice yang dikehendaki. Lepas tuh, dia akan suruh restart modem and walllaaa..speed akan pantas seperti roket.Oh ye, aa yang dipurchased akan di masukkan dalam bil.

Kat area Rumah No 6 nih , alhamdulillah speed nya mmg cepat . Lebih kurang cepat mcm streamyx gak loading time dia.So, memang aku rasa guna Celcom Broadband kat area sini mmg pilihan yang terbaik.

Brisk Walking

26 Apr

Do u know that once upon a time dulu, saya adalah suka brisk walking. I love to walk. Bukan berjalan di shopping mall ye.

Dulu , dalam tahun 2002, waktu di Melbourne Hall, jika ada masa di waktu petang, confirm akan memulakan acara brisk walking atau kadang2 jalan dengan gaya mak limah longlai. My partner will always be Kak Tina or Kak Zue. Kadang2 Liyana pun akan tag along . ( Eh syigim, kita pernah ke brisk walking together2?Tak pernah kan?Sebab awak selalu ada class petang kan? ) .

Mana kita orang jalan? Selalu nya akan pusing satu Albert Park. Do u know that Albert Park ni adalah lokasi for  Formula 1 (F1) tu. Dari Hall nak ke Albert Park dalam 5 minit je jalan kaki. So, bila event F1 ni,  memang boleh dengar jelas dan terang deruman kereta2. Memang mengaum je bunyi.

Kami – the girls akan start jalan pusing satu park. Jauh juga total perjalanan nya. Memang bila balik ke Hall tuh confirm penat. One thing i love about brisk walking with the sisters , ini la masa kalau ada masalah , ada benda nak cerita we will talk to each other. And i really miss the moment. Sebab i missed to ngadu with the sisters especially to Kak Tina and Kak Zue. Coz the remarks that aku akan dapat bukan macam remark biasa kalau kita ngadu kat orang. Susah nak explain. And to Kak Tina and Kak Zue, kalau baca nih : Arin rinduuu wwwooooo ngan kakak2 ku ini!

Sekarang ni, kalau nak brisk walking, i guess my partner will be my darling Hanum. Dia memang macam mak nenek tau. Sambil jalan nanti start la dia buat story, buat imaginasi dia ( kalau jalan egang tangan dia kat memana tempat ). But now, kalau nak brisk walking will be either di tepi Pantai Puteri atau maybe di sepanjang Tasik Ayer Keroh. BUT both places ada tarikan for Hanum so of course Hanum taknak jalan2 ngan mama dia. I’ll wait for Zara la bila dia dah besar sikit. Last weekend , waktu Hanum naik basikal dengan ayah, Aku pegang la tangan Zara ajak jalan tepi tasik ( ajak tengok org fishing ) , tapi baru 10 langkah, dia dok depa tangan suh dukung. Lenguh kaki la tuh. Isshhh, anak ku ini.

So, if ada masa, why not you dearest my readers do the brisk walking with your loved ones?Cari tempat yang sesuai, waktu cuaca yang baik. Best woo and i missed my brisk walking routine.Hopefully, akan datang boleh buat dengan anak-anak.

Nak tahu apa kebaikan brisk walking / walking nih :

Click HERE – The Numurous Benefits Of Walking.

Tahniah!

26 Apr

Tahniah untuk warga Hulu Selangor kerana berjaya mendapatkan hak mereka semula melalui Pilihanraya Kecil (PRK) P94- Hulu Selangor. Bukan senang juga BN nak menang. Kena tabur janji untuk membayar mereka yang di Felda Sg Buaya sebanyak RM50 ribu per peneroka.RM1 ribu sebagai deposit telah di bayar. Lagi RM49 ribu akan didepositkan ke akaun bank masing2 sekiranya BN menang. So, hari nih para peneroka di situ loaded la. Alhamdulillah! 15 tahun menanti. Untung gak ada PRK P94 nih.Apa yang dituntut akhir nya tercapai.Tahniah warga Hulu Selangor! ( Refer here )

Selain daripada warga peneroka, penduduk setempat especially kat Rasa beruntung sebab kerajaan dah meluluskan RM3 juta untuk pembinaan building sekolah. Dah lama penduduk mengusulkan pembinaan sekolah tapi dek pilihanraya P94, zasss, peruntukan diluluskan sebanyak RM3 juta untuk building baru SRJK(C) Rasa . Tahniah lagi sekali warga Hulu Selangor!Adanya pilihanraya kecil ini, permintaan yang dah bertahun tahun pun dapat diluluskan immediate. Antara kata-kata PM Najib kita :

“Kalau esok Barisan Nasional (BN) menang, saya sebagai Menteri Kewangan akan mengeluarkan surat peruntukan dan RM3 juta itu akan dimasukkan ke dalam akaun Lembaga Pengurus Sekolah dan wang itu boleh diambil keesokan harinya (Isnin),” katanya.

(Refer here )

Tapi takkan nak tunggu pilihanraya baru nak tunaikan hasrat rakyat kot?Takkan before nih, rakyat tak pernah mengadu meminta pada kerajaan?Kes peneroka Felda Sungai Buaya, 15 tahun diorang sengsara. Bukan satu waktu yang kejap.

Next PRK kat Sibu. Kita tengok la hasrat penduduk setempat di situ.

Lagi sekali, tahniah warga Hulu Selangor!

Turun Tangga

25 Apr

Semalam dalam kol 2.30pm dah tido kan budak berdua dalam bilik, aku pon turun ke dapo. Baru nak masuk dapur nak masak since lepas gi Tasik Ayer Keroh tuh, kami terus makan kat Perigi, Bukit China.Hanum dah nyenyak and so si Zara. Pintu bilik aku kuakkan sket takut tak dgr budak2 nih nangis ke panggil ke since ayah depa keluar kejap waktu tuh.

Tengah syok2 masak, siapkan bahan untuk dishes – sup ayam, daging black pepper tiba2 aku dengar orang sebut “Ma..ma..” . Bila paling muka kat pintu dapur, tuh diaaaaaa..Zara ngan muka pisat2 kedek2 jalan. Ya Allah, rasa mau gugur je jantung coz, tangga rumah nih boleh tahan banyak nya anak tangga nya.Cemana la gaya nya dia turun.Tak sampai 2 minit dia dah turun tuh, ayah nya pon balik.Aku citer le. Tak tau la gaya nya cemana dia turun.Sure kedek-kedek turun tangga. One thing bout anak-anak dara ku ini, depa nih jenis yang tak tau takut, gerun. Memang jenis hati cekal je kalau nak buat pe.

Isshh, memang kat tangga nih belum ada gate. Sebab nya, mencari yang second hand tak jumpa2.Lain kali memang aku nak tutup pintu bilik tu macam biasa la. Sebab selalu nya memang tutup rapat since aircond bukak tapi semalam ntah cemana le aku fikir.

Harap2 pas nih aku tak cuai la.Isshh, Zara oh zara..

Kisah Pagi Tadi

24 Apr

Siapa tengok Mr Bean : Holiday smlm? Kan ada aksi naik basikal dalam cerita tuh, Hanum dah terkekek2 gelak tengok bab basikal tuh.Aku yang kat bawah pon leh dengar kekek dia gelak.Bila naik , cakap la kat dia ” esok kita naik basikal ye ..” terus dia excited ..start la dia ngomel macam2.

So , pagi tadi ke Pusat Rekreasi Tasik Ayer Keroh la kami. Last week dah gi. Hanum excited naik basikal 2 seater tuh. So hari nih, layan basikal je. Tapi kurang cargas dia dek selsema .

Ada ke dari memula sampai tuh, Hanum dok nak naik basikal ngan aku. Aku bleh la kayuh basikal , tapi kalau kena carry tang depan lak tuh, rasa cam elik la. Terhuyung hayang jadi nya. So puas pujuk dia suh ayah dia yang carry, last2 berjaya pujukan ku. Huhuhuhu..

So, while Hanum n ayah nya berbasikal ronda2 area Tasik Ayer Keroh tu, aku ngan Zara bersakan photo shoot kat area situ. Hehehhe. Maka, memang banyak la gambar Zara.Ntah bila la aku nak developed gambar bebudak nih.Isshhh, rasa nya dah ribuan kot gambar budak dua nih.

Sok siapa ngundi di P94- Hulu Selangor?Selamat mengundi ye..