RSS Feed

April, 2010

  1. Ikut Resmi Padi..

    April 30, 2010 by arin

    Sila ikut resmi padi, makin berisi, makin tunduk..ini idak , kadang2 kita lupa. Kita lupa pada orang sekitar kita.Kita ingat kita sentiasa betul. Bila di tegur, startlah segala nya. At the end, takleh terima teguran.

    Kita tengok la macamana pengakhiran kisah hebat dunia blog abad ini..


  2. Laaaa…

    April 29, 2010 by arin

    Tempat Kejadian : Di Kedai Makan di Bachang, Melaka

    Situasi :

    Zara dari baby chair tengah dok tenung tak sudah2 kucing main. Hanum lak sibuk main ngan mainan. Datang satu minah ni ( dari meja sebelah ) dok dokong anak dia ( anak dia girl ) and dok hagah2 si Zara.

    Minah : ” Adik..hai kat abang..” ..

    Aku : ( Abang?mana?siapa ?)

    Minah : ( sambil lambai2 kat Zara )

    Aku : ” Laa..anak saya perempuan ..” ( pastuh gelak ) ..”rambut dia memang camnih, sikit..

    Minah : ” Laaa..maaf ye..

    Aku : ” Takpe..

    Minah : ” Ok adik, hai kakak..

    Zara? Muka tak puas hati sebab saudari minah tuh telah halang view indah dia dok tengok kucing bermain-main. Anak aku nih, ko jangan halang dia kalau dia tengah asyik buat benda. Memang muka naik angin je. Hahahhahah..


  3. Zara oh Zara

    April 28, 2010 by arin

    Budak nih sekarang , kalau kita dah start tala camera kat dia tak kisah la camera henpon ke apa, start la dia nak buat gaya super model tak jadi. Nanti bila dah amik gambar, berlari2 dia kat si tukang amik gambar nak tengok output cemana. Gaya dia memang lorat.

    Nih hasil gambar tadi waktu kakak gie skul.Sebok nak suh kita pakai tudung padahal baru masuk rumah . Last2 dia yg sarung tudung tuh sendiri.


  4. Masak Nak Cepat Dek Adamaya

    April 27, 2010 by arin

    Sapa layan Adamaya?Angkat tangan cepatt!!!!!

    Ye , aku layan adamaya. Tapi kadang2  terlepas. So hari nih dah masuk dapur dah agak lambat. Kol 5.30pm baru terhegeh2 nak masuk. Cerita start kol 6.30pm. Bukak fridge, start pikir nak masak pe. Then malas nak buat sambal2 mak nenek semua. Last2 ” nasi ayam je la..so Hanum n Zara bleh makan banyak ” . Mak nenek dua orang nih suka sangat nasi berperisa2 nih. Cam nasi ayam ke, nasi lemak ke.

    So, masuk dapur dlm keadaan aman sebab budak2 still tido.Kalu diorang jaga mmg keje nak cepat jadi lambat.Tap tu tap tu..dgn marinate tak sampai 30 minit ( gara2 nk cepat grg ) , kol 6.40pm gak settle masak. Kebetulan gitar Zara tertinggal kat rumah Tokma dan before diorang tido dah jadi hal rebut gitar, so plan gie umah Tokma and amik gitar. Alang2 tuh, tapaukan jugak untuk tokma coz abam ammar memang suka nasi ayam.

    Sampai rumah, segera bukak tv. Aiseh, dah separuh jalan so agak malas nak follow.Baik le aku ikut kat tv3.com.my nanti.Huhuhuhu. Last2 kitaorang dinner awal. Confirm lepas aku tulis entry ni, perut aku kruk krak balik.Hahahha..

    Nih gambo menu : ” Nasi Ayam Nak Cepat Sebab Nak Tengok Adamaya ” .


  5. Petang Yang Mondom

    April 27, 2010 by arin

    Mood agak ke laut. Dunno why.PMS?Belum lagik..

    But after baca blog Peej and her latest entry, membuatkan petang aku tidak mondom. Terus terpaku depan laptop ( budget asal nak nap kejap hilangkan mondom ) .

    Tapi memang la, aku ikuti blog yang Peej maksudkan tuh dari dia zaman blogspot. Sebab dulu aku rasa dia nya cerita berkisar kehidupan dia. Tapi sejak dua menjak nih, dah macam blog iklan lak aku ngk.Memang la iklan banyak masuk tapi citer2 biasa takde.Borriiinnnggggg…

    Hmm..tu la, kalau dah kunun-kunun famousity , payah gak.

    Famousity?Tuh perkataan yang di ambil dari blog DIVA itu.Hahha..english pon berterabur..payah..payah..