Tips Ransang Anak Minat Membaca
Hanum minat meng’colour’ and at the moment buku bacaan dia adalah buku suku kata. Tapi span time dia memang kejap kalau kita ajar dia membaca.Leas 5 minit ajar baca suku kata, start la dia buat benda lain.
Antara tips yang boleh di jadikan rujukan untuk meransang anak-anak minat membaca :
*Ketika mengandung, ibu digalakkan banyak membaca al-Quran dan berzikir serta diperdengarkan kepada janin.
*Gunakan kad bergambar atau kad imbasan, tunjukkan kepada anak gambar pada kad itu serta mengeja perkataan yang tertera.
*Ketika keluar rumah atau dalam kenderaan, pembelajaran secara tidak langsung boleh dilakukan. Latihlah mereka membaca dengan bertanya kepada anak anda apa yang tertulis di papan tanda perniagaan atau jalan. Anda juga boleh meminta anak mengeja menu makanan ketika dalam restoran.
*Ajak anak ke kedai buku, perpustakaan dan pesta buku. Cara ini dapat membiasakan anak dengan buku dan mencintai ilmu.
*Ketika membaca akhbar, buku atau majalah, babitkan mereka supaya dapat melakukan aktiviti tersebut, Ceritakan kepada anak kisah yang berlaku, khususnya membabitkan kanak-kanak.
*Sediakan bajet setiap bulan untuk membeli bahan bacaan dan pelbagaikan jenis bahan bacaan untuk anak.
*Bacakan buku cerita bila waktu terluang atau ketika anak hendak tidur. Teknik penceritaan hendaklah dalam gaya menarik dan menyeronokkan. Kaedah ini dapat menarik minat membaca kerana anak ingin tahu cerita yang terkandung dalam buku cerita yang dilihat.
*Sediakan buku cerita yang ada ilustrasi menarik bagi menarik minat anak.
*Setiap hari, ibu bapa biasakan membaca akhbar dan pada waktu terluang, baca majalah dan buku.
*Biasakan membeli buku menggantikan mainan untuk anak.
*Sekiranya anak-anak menunjuk reaksi positif terhadap pembacaan, puji anak sebagai tanda sokongan anda kepadanya. Jangan memarahi anak jika dia sukar mengingati suku kata atau terlupa sesuatu, sebaliknya kaitkan dengan perkara yang mudah diingati anak.
So, latih la anak membaca. Kang dah masuk sekolah rendah dah senang dia nak membaca. Biar dia kenal suku kata, huruf and such.
Source : HERE










tq for the tips!
lyna: welkem..