Taman Buaya Melaka
14 Mar
Hari nih bawak anak-anak ke Taman Buaya Melaka. First time rasa tak berapa feel bawa anak-anak bersosial. Sebab nya, Taman Buaya nih dalam menaik taraf landscape and such. Buaya memang banyak jenis tapi penat la wey. Bayar memahal untuk naik turun ala2 bukit kecik yang memang tak mesra pengunjung. Sesiapa bawak stroller memang tak digalakkan la untuk bawa. Kang lebih banyak jinjing stroller dari mengusung ( betul ke vocab nih?) stroller.
Anyway, buaya tembaga memang banyak. Ada gak jenis buaya ( bongkok ) . Memang nampak belakang badan dia cam berbonggol gitu. Ada gak buaya kontot . Buaya takde ekor. Macam-macam spesis buaya. Ada gak kawasan untuk binatang Reptilia and aviary burung. Tapi tu la, masih dalam menaik taraf, aku dah lost mana nak pusing, jalan mana nak lalu. Penat le kaki. Baik ke Zoo Melaka.Gi sana penat berjalan tapi berbaloi!
Lagi satu nak komen pasal Crocodile Show nya. Before crocodile & snake show, ada le magik yang tak berapa magik. At one time , dia panggil 3 orang kanak-kanak untuk beraksi sama. Kesian aku tengok kanak-kanak tuh seolah2 di permainkan . Tuh last session bersama kanak-akanak ada ke magik nya, di pakaikan budak tuh spender pompuan. Dah le budak tuh budak lelaki. Memang le orang ketawa. Tapi matlamat pak magician nih, nak buat magic atau nak jadi Raja Lawak?Kesian budak and of course mak pak budak tuh. Issh. Kalau la, sesapa dari Taman Buaya Melaka nya management yang terlepas membaca blog ini, sila la amik perhatian. Buat la magic yang mmg magic bukan nak malukan orang lain.
Crocodile show kira ok la. Tapi memang lama la duration show nih sampai naik bosan aku nunggu. Sebab dari satu plot ke satu plot , mak aih, lama nau.
Overall, aku rasa macam tak enjoy untuk ke Taman Buaya. memang lagi enjoy ke Zoo Melaka dan Taman Rama-rama. Bayaran lak, harga tiket :
Adult : RM8 ( Taman Buaya sahaja )
RM10 ( Taman Buaya + Water Park )
Kanak-kanak bawah 5 tahun adalah free.
Oh ye, kami tak ke Water Park walaupun aku ada bawak extra baju , towel semua sebab time kami sampai mendung nak ujan. Kesian budak2 kalau tak puas berendam.Lain kali ye nak. Kita tunggu Melaka Wonderlands bukak.







nasib baik haritu tak msk tmn buaya ni, kalau idak mesti menyesal hehe. Even kepenatan redah zoo tapi berbaloi2.
masa baca title mcm bekoba2 nk pegi. khaleef suka la ape2 animals pun ni. lgpun bole singgah sg duyung skali hihi….tp bila kak arin kata xmesra stroller tu rasa xbest plak… psl kalo kitorang pegi bila blk msia end of d yr kang ade sorang lagi baby! hihi…
Elyn: tuh le..kalau dak sure berbakul nya amarah.
syigim: itu lah, tak mesra stroller.at least buat la laluan tuh rata a bit . tapi tak tau la by end year cemana rupa taman buaya tu. but i suggest, either ke zoo melaka atau taman rama2 ( tapi taman rama2 pon tak mesra stroller ) but still leh pakai carrier bawak baby.lagi senang.
salam…. nasib baik tak mas0k taman buaya ali tuu..
kalau tak rugi aku…
haha
laaa…. skrg taman buaya da ok la..jalan p0n dah siap dah.. kira da naik taraf la skrg nie…
masalah show silap mata pulak nanti saya akan usul kan pada pihak tetentu ye…sebab yang tuu je kan ada masalah…
pasal show buaya lak… yang tuu tak leh wat ape..sebab kitaorg main buaya baru.. masih dalam latihan lagi..
so kalau ade tersilap kami memohan maaf…
salam.
Sekarang taman buaya dah siap renovation. Saya pun ada jugak buat entry pasal taman buaya melaka ni.