RSS Feed

March, 2010

  1. Peminat Telur Separuh Masak

    March 31, 2010 by arin

    Sape suka makan telur separuh masak?

    Budak nih suka sangat makan telur separuh masak. Selalu nya bagi yang putih. Yang kuning kureng.

    Kalau pergi kedai and mama/ayah dia yang order benda nih, sure dia paw.So sekarang nih, akan order sebijik untuk dia.And memang dia habis makan. Pastuh, bau mulut dia..waaaaallllaaaahhhh. Hamis..kahkahkah.

    Dulu Hanum waktu age gini, suka gak makan telur separuh masak. Sekarang pon suka lagi, tapi tak lah macam dulu.Dulu sebijik leh habis.

    Antara khasiat dari telur separuh masak ni adalah :

    Selain harga yang murah, mudah diperoleh dan rasanya yang enak, telur diakui padat dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

    Terdapat beberapa sebab pakar-pakar berpandangan bahawa manfaat telur adalah lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya.

    Telur kaya dengan vitamin dan mineral.Telur juga kaya sumber yang kaya dengan vitamin K.Vitamin K adalah nutrisi penting untuk membekukan darah.

    Source: HERE


  2. Apa ada dengan Twitter?

    March 31, 2010 by arin

    Sape ada account twitter, angkat tgn?

    Aku dah agak obses ngn twitter skrg.Memula bukak account twitter pastuh, ” hhmm..apa aku nak buat ek?” Tapi after beberapa lama mengodek, mengexplore at last aku tau dan paham apa guna nya twitter.

    Twitter gak, sumber aku dapat info latest. Dari news ke , dari politician peoples ke, dari celebreties ke, memacam sumber boleh digodek.

    Kot yang duduk KL, boleh la ikuti @KLRoadblock . Sumber terkini untuk segala macam masalah traffic sekitar KL.

    Contoh nya , ni hari nih nya tweet:

    KLroadblock

    RT: @loaferzz 12:08pm men in tights waiting to ambush people right after turning left to jaya sect14 from eye hospital #klrb

    Kot nak tau latest news, boleh aja ikuti twitter @staronline and macam2 news online lagi dari dalam and luar negeri.

    Kot bab celebreties, memang banyak artis ( kat malaysia, kalau yang oversea nya laki lah hebat bertwit ) nih yang bertwitter. Boleh tau latest apa diorang gosip.Kehkehkeh. Pasal Din Beramboi sakit semalam pon, sampai ke malam, diorang bertweet. Ada yang posted kan gambar waktu kat Hospital Selayang, waktu diorang datang beramai-ramai nak dermakan darah.

    Kira nya kalau FaceBook tuh kita hanya tau pasal orang yang kita approved and connect je kan?Yang nih lebih menyeluruh. Yang penting, kita dapat latest info.


  3. Din Beramboi Kritikal dan Virus Laptospirosis

    March 30, 2010 by arin

    Semua dah tau yang Din Beramboi, penyampai radio Era sekarang berada di Hospital Selayang dalam keadaan kritikal . Dari net dan twitter, Din Beramboi dijangkiti virus kencing tikus atau bahasa saintifik nya Virus Laptospirosis.

    Menurut info dalam net, bila kena virus ni, organ dalaman akan rosak kerana virus ini telah masuk ke dalam saluran darah.So darah dah ter effect . And ini juga menjelas kan kenapa dalam twitter hari nih, berduyun-duyun orang tweet minta derma darah jenis O ( Din Beramboi mempunyai darah jenis O) kerana dia amat memerlukan. Penggantian darah perlu dilakukan.Dan of course memerlukan darah yang banyak.

    Untuk saudara Din Beramboi, semoga cepat sembuh dan dapat melepasi masa-masa kritikal ini .

    Untuk info lanjut mengenai Virus Laptospirosis ni , boleh klik SINI .


  4. Teka Teki Lagi

    March 30, 2010 by arin

    Bila kah masanya si penjahat akan mengejar encik polis?

    As usual, takde hadiah. Meh suka-suka jawab di kala bosan.


  5. Set Timer

    March 30, 2010 by arin

    Kalau readers semua tido dan menggunakan aircond di dalam bilik, adakah anda set kan timer atau biar je, kalau terjaga tidur baru tutup?Yang mana satu selalu anda buat?

    Kat Rumah No 6, kami set kan timer . Jam 6am, air cond off. Kalau dak, bunyi alarm suh bangun pon tak dengar dek sedap sangat tido ngan kadar bilik sejuk nyaman.Kalau dah set timer, kipas pon kami bukak tapi dalam nombor 2 je.Sebab kalau tak bukak kipas, macam tak circulate lak udara. :)

    So, bila dah jam 6am, kipas lak nombor 2, aku confirm terjaga. Kihkihkih.Tapi pagi ni , memang malas nya nak bangun. Sebab dah dua malam berturut, kol 2am je bunyi anjing kuat gila kat alley belakang rumah nih. Macam ada geng anjing lak. Bunyi macam anjing nak halau pencurik pon ada. Bising sungguh ! So , bila asik dok terjaga gitu, nak tido balik memang payah.Tuh yang liat sungguh nak bangun.

    Ni bebudak dah tido. Sure Hanum sakan bergumbira di sekolah. Selalu dia tidur dalam kol 2pm. Nih baru kol 1pm tadi dah di lena mimpi. :)