Archive | February, 2010

Apa nak buat jam 3 pagi?

25 Feb

Terjaga dari tido, sebab time untuk bagi Hanum makan ubat.Esok memang dah set mind taknak bagi Hanum gi sekolah biar dia sembuh 100%. Batuk dah agak kurang cuma demam yang kadang kala kunjung tiba. The problem is, dia kurang minum air. Kat rumah dah ada air ‘Mickey’ for her and air ‘Donald’ for adik. Adik memang kuat minum. Kasi je air kosong or vitagen or YES!, memang laju dia minum. But Kakak, lately dia kurang minum.Yang dia nak Milo kotak sejuk and vitagen. Air kosong kurang sangat minum. So, cuaca yang panas kat sini, bila dia kurang minum, badan pon jadi tak sedap.

Berbalik pada tajuk asal, apa nak buat pada jam 3 pagi selain bangun untuk bagi anak ubat? Haa..mari kita lihat hasil tanaman di Barn Buddy dan hasil masakan di Cafe World. Harituh aku dah stop main both games. Bosan siut. Pastuh, tetiba mood nak main games mai, so sambung balik main. :)

Malam tadi for dinner aku pekena Sup Tulang kat Mydin MITC nya foodcourt. Ish, kol 3 pagi camnih, terbayang-bayang sedap nya sup tulang tuh. Dah la isi lembut, portion banyak gila macam dua orang makan.Slurrpp..

Ok la, mari la paksa mata untuk pejam.

Source : HERE

Hanum dan Kawan-kawan

24 Feb

Dalam kol 11.10am tadi, dapat phone call dari Teacher Nor ( cikgu kelas Hanum ) . Dia cakap badan Hanum panas. Malam semalam Hanum memang demam sket. Before gi sekolah pagi tadi, aku dah bagi makan ubat. So, start enjin kereta bergegas la amik anak dara ku itu kat sekolah tadi.

Waktu nak amik beg Hanum, kawan-kawan dia ( yang aku hafal nama : Jebat Aiman, Nasuha, Ahmad Danish ) semua panggil aku “mama, tengok nih..lukis” ..kihkihkih..perasan glamer kejap sebab semua budak tunjukkan hasil colour diorang and dok rebut2 panggil “mama, mama” .

Even kalau waktu balik sekolah, nak amik Hanum, budak2 class Hanum nih akan panggil ” Mama, mama” dari dalam pagar sekolah. Dah biasa dengar kalau Hanum panggil aku gamak nya.So, tak kisah la. Seronot gak kalau budak-budak lain panggil aku mama.

Kelas Hanum, nama nya Playschool Umar ada 11 orang students. 8 orang lelaki and 3 orang perempuan. So, yang perempuan pon dah lasak cam yang lelaki. Sekejap-kejap jerit BEN10, kejap-kejap Ultraman. Hehehhe.Oh ye, Hanum dah lancar dengan sebutan BA,BI,BU and bila disuruh gabungkan dengan huruf “A”, “I” , “U” dah boleh la dia sebut suku kata . Contohnya : “I-BU“. “A-BU” . Kira nya dah dua bulan ke sekolah ada pencapaian na. Yang paling ketara, dia colour sekarang within object. Kalau dulu asik la terkeluar lain. Coordinate tangan dah betul sebab selalu colour gamak nya.Alhamdulillah.

Harap-harap nya , semua nya berjalan lancar kat sekolah Hanum. Tak sabar nak join rombongan sekolah diorang nanti .Mak dia yang lorat nak join. Hehehehhe..

Kanak-kanak Memakai Spec Mata

24 Feb

Kami adik beradik pakai spec dari zaman sekolah. Abah and Mama pon pakai spec. Mr Hubby used to pakai spec tapi setelah 2 kali spec dia patah ( dalam masa setahun ) langsung dia tak guna sekarang. Adakala pemandangan dia terhad especially kalau drive waktu malam . My Bil pon pakai spec. Kira nya dalam keluarga kami, kecuali kanak-kanak je tak pakai spec mata.

Ini budak dua orang mengayakan spec  salah satu benda dalam set mainan doktor-doktor Hanum. Dalam tuh siap ada spec nih. Cam kelakar lak budak-budak dua orang nih menggayakan.

Entry Khas Buat Para Photog Di Dalam Familyku

24 Feb

Dalam family aku, ramai sungguh berbakat mengambil gambar.

Ambil gambar , memang semua orang boleh click click je, tapi creativity untuk ambil gambar tak semua orang ada. Macam aku, amik gambar memang kayu . Tak artistik sungguh. Unlike my mr hubby, angle dia amik sungguh menarik and nampak natural + artistik. And so do my sis-Ms Bugbites, my BIL-Zonesdesign, my cousin-Taro, my aunty ZZ. Mereka semua mempunyai gadget camera yang mantap, semantap mereka amik gambo.

So, gambar kecik nih , dihadiahkan untuk family ku. Nanti kalau pegang camera, nampak kami anak beranak sila le click click dengan lebih banyak lagi ye. Sekian , terima kasih!

Hiburan Di Waktu Malam

23 Feb

Menanti mr hubby pulang dari Subang, expected to arrive dalam kol 1am kejap lagi.Tadi dia sms dah ada kat RnR Seremban. Luckily tak hujan.

Meh kita test baca nih:

if yuo can raed tihs, you hvae a sgtrane mnid, too. Can you raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can. i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno’t mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.

Source: HERE