Lemprica.Com

It's All About Me And You

Antara Nasi Lemak Paling Sedap Di Melaka

Entry ni di tulis sebab pagi tadi aku bangun dan terasa kelaparan yang teramat sangat. Al maklum, semalam memang takde selera nak makan. Dan pagi nih, rasa nak makan je. Teringin nak makan nasi lemak kat Lereh ( berhadapan dengan Sek. Keb. Lereh ) . Special nya nasi lemak kat sini ialah sambal sotong nya.Pergh, dari zaman aku sekolah sampai sekarang rasa sambal nya tak pernah berubah.

Tapi, pagi tadi pergi lepas hantar Hanum ke tadika pintu kedai dah di buka. Tapi kami dok kat kedai sebelah sebab tuh kedai peberet roti canai mr hubby. Aku tunggu punya tunggu, lauk nasi lemak tak mai lagi. Orang dah ramai kat kedai nasi lemak tuh. Sampai kol 8.30am gak la menunggu tapi bukan rezeki aku kot untuk rasa nasik lemak sotong situ hari nih. Mr hubby dah kenyang ngan roti canai nya.Issshhh..last2 bungkus nasi lemak kat area umah nih.

Pada sape2 yang kalau datang Melaka and nak merasa nasi lemak sedap antara tempat yang aku boleh suggest :

  • Nasi Lemak Kukus di Lereh ( Berhadapan dengan Sek. Keb Lereh ) . Tapi datang la dalam pukul 8.30am-9am. Kalau siapa-siapa yang menginap di Everly Resort atau Shah’s Beach Resort dekat sangat la dengan kedai ni.
  • Nasi Lemak di Kedai sebelah Esso dekat area Tanjung Keling. Atas sket lagi dari Everly Resort dan Shah’s Beach Resort. Landmark nya adalah ESSO. Kat kedai nih jugak ada Mee Kari terbaik .
  • Nasi Lemak di Gerai Mee Hassan Tengkera. Nasi lemak sini, nasi lemak kukus gak. Tapi takde lauk pauk. Sambal nya memang umph.Makan ngan telur goyang. Perghhhh, terliur den!Landmark nya , berdekatan dengan sekolah MGS Tengkera. Kalau nampak deret2 kereta banyak, haaa..situ la kedai nya.
  • Nasi Lemak di Bukit China. Kat kedai perigi. Nih nasi lemak bungkus. Portion besar. Nasi lemak biasa gak takde lauk pauk. Tapi nasi nya di kukus. Sambal nya mengancam. Tapi kalu pergi lepas jam 9am, kemungkinan besar dah habis.Kat kedai nih jugak ada jual meehoon su, rojak yang best. Landmarknya nya senang je. Depan kedai makan nih ada erigi and berdekatan dengan traffic light .

pix : SOURCE

So, nih antara info yang aku leh share kot sesapa mai melaka nak merasa nasi lemak. Kot2 orang melaka baca entry nih, boleh la tambah gak info ni.

7 Comments on Antara Nasi Lemak Paling Sedap Di Melaka

  1. dilot
    10/02/2010 at 11:42 (4 years ago)

    dekat bukit cina tu best la nasi lemak, ingat lagi pak ngan and mak ngah bawak gi sana…fuhhhhh..kak ada yg minta tapau nasi lemak melaka this coming 15th feb kang..aaaa

  2. arin
    10/02/2010 at 11:51 (4 years ago)

    dilot : hahahha..tapau?basi deh nanti.tapi nasik lemak uda pon terbaek woo..sambal sotong uda sodap!

  3. dilot
    10/02/2010 at 12:19 (4 years ago)

    sambal sotong cik intan..laparrrr la..kak arin nehhhh!

  4. wawa
    10/02/2010 at 14:37 (4 years ago)

    nasi lemak perigi? tak penah rasa. tapi aku pun prgi perigi baru sekali ke dua kali. sbb…

    tak pasti samada benar atau tak. makanya baik tak payah share.

    anyway, kedai nais lemak lain tak penah try.

  5. arin
    10/02/2010 at 15:02 (4 years ago)

    Wa: apa yang hendak dishare?share le..ym aku!hehehe..

  6. aisha
    29/04/2012 at 16:45 (2 years ago)

    boleh x suggest nasi lemak best area batu berendam ..coz sy nnti akan menginap kt area situ homestay

  7. arin
    30/04/2012 at 07:00 (2 years ago)

    kalau area batu berendam, depan sedikit dengan sekolah munsyi abdullah, ada taman perumahan.taman perumahan tu sebelah kanan ( kalau dari arah batu berendam ) . gerai makan tu bawah pokok je.tepi jalan dan berhadapan dengan kawasan kediaman . kat situ nasi lemak sedap + roti canai + breakfast pagi yang lain . selalu penuh . :)

Leave a reply