Lemprica.Com

It's All About Me And You

Anak Kembung Perut

Kadang2 kita tak tau bila anak menangis , perut dia meragam ke, lapar ke, ngantuk ke. Ada anak 10 pun, tapi tabiat setiap anak berbeza.

Kami selalu standby minyak angin. All time fav adalah minyak yu-yi dan minyak hijau. Bau sedap dan tak kuat  mcm vicks atau minyak cap kapak. Worst come to worst , mmg ubat Collimix ( ubat cecair untuk tak sedap perut ) ada je dlm fridge.Ubat nih kalu kasi ikut dosage anak2 nih, insya allah dalam setengah jam lega diorang.

Macamana kita nak tau anak kita sakit perut atau kembung perut?

KERAP kali berlaku situasi di mana ibu bapa berhadapan dengan bayi menangis berterusan tanpa diketahui sebabnya. Apabila dibawa ke doktor atau pakar pediatrik mereka akan menyatakan bayi anda mungkin kembung.

Begitupun sebagai ibu, naluri anda menyatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan bayi anda membuatkan dia berterusan menangis, resah dan tidak selesa.

Bayi anda mungkin mengalami gejala penyakit gastroesophageal reflux (GERD) atau dengan kata mudah pedih ulu hati.

Jangan risau gejala ini boleh dirawat dan bayi boleh kembali lega selepas mendapat rawatan sebaiknya.

Apakah Reflux

Ia berlaku apabila otot yang berfungsi menutup esofagus (bahagian salur makanan yang terletak di antara tekak dan perut) lemah. Jika ia tidak ditutup dengan sempurna, makanan dan cecair boleh kembali semula ke dalam esofagus dan menyebabkan kesakitan dan pedih, sering kali disifatkan sebagai pedih ulu hati (heartburn). Jadi tidak hairanlah bayi anda menangis.

Jika bayi anda mempunyai simptom-simptom di bawah dia mungkin mengalami reflux:

  • Sedu
  • Menangis
  • Lapar tetapi berhenti makan walaupun baru beberapa minit bermula
  • Menjerit
  • Menolak apabila disusukan sama ada susu badan atau botol
  • Sukar untuk menelan
  • Kerap mengeluarkan air liur
  • Sakit belakang
  • Resah
  • Menegakkan kaki ketika menangis
  • Asma
  • Bersin
  • Batuk
  • Susah tidur
  • Tercekik

Jika anda merasakan bayi mengalami reflux, buat temujanji dengan doktor kanak-kanak bagi membincangkan hal ini lebih lanjut.

Begitupun ada beberapa tip yang boleh diikuti dalam menangani bayi yang mengalami reflux

  • Tinggikan bantal bayi dengan meletakkan tuala di bawahnya.
  • Letakkan bayi anda pada kedudukan menegak/berdiri sekurang-kurangnya setengah jam selepas dia makan atau menyusu.
  • Jika anda menyusukan badan elak daripada makan makanan berasid seperti buah-buahan citrus atau sos tomato, elak juga makanan berminyak. Anda juga harus elak daripada mengambil terlalu banyak produk tenusu.
  • Jika bayi masih tidak selesa, minta doktor anda merujuk bayi anda kepada pakar pediatrik.
  • Jaka ubat yang diberi doktor tiba-tiba tidak berkesan, bawa semula ke doktor untuk diperiksa semula bagi kemungkinan diberi dos yang lebih tinggi.
  • Urut lembut perut bayi arah ikut jam.
  • Source : HERE

    2 Comments on Anak Kembung Perut

    1. Elyn
      18/02/2010 at 10:55 (5 years ago)

      yuyi mmg sedap bau die!! pastu cepat gak hilang kan kembung wafiq. maklum saje mamat tu slalu kembung….. cume skang je dh kurang!!

    2. arin
      18/02/2010 at 10:57 (5 years ago)

      elyn: bau limau sket2..i loike!

    Leave a reply