Archive | November, 2009

Perjalanan Yang Panjang

28 Nov

Perjalanan start at : 9.15am

Destinasi pertama: Ke LCCT nak menghantar rombongan cik kiah along ke Jakarta.Anak beranak tuh bercuti ke sana selama 5 hari ( sok dah gi Bandung , perabihkan rupiah ..:p )..

Destinasi kedua : Memandangkan hanum seakan2 mengamuk sebab tak dapat ikut abam danial  walaupun b4 tuh dah disogok oleh adik beradik barbie doll ngan along, so abah decided gie Bagan Lalang.Perjalanan tak sampai 40 minit dari LCCT.

Sampai Bagan Lalang, tu dia..dapat port lawa, bawah pokok..bentang tikar..zassss…makan lemang, ketupat dan rendang ( ketupat dan rendang di bawa khas oleh Aunty ZZ yang dtg all the way dari Sungai Penchala ke LCCT untuk berjumpa kekanda nya iaitu mama ku )..

First time sampai Bagan Lalang, pantai kira ok, bersih gak kira nya pantai nih alternatif to pantai Port Dickson la . Kalau waktu holiday, confirm PD penuh..so yang nih, pantai dia walaupon tak seluas pantai PD tapi view kira ok la.

Hanum kusyuk main pasir pantai while Zara dok main air dalam pelampung ( siap tuh di sponsor korek-korek nye mainan and pelampung )..by the time kitaorg gerak blk, time tuh dh dekat kol 4pm, orang dah setat ramai dan atas langit pon dah setat berat je.Any time mmg akan turun hujan.

On the way back, lalu area ladang2 kelapa sawit, berhenti beli durian and petai.Time tuh mmg langit anytime akan turun hujan.Masuk je kereta lepas urusan beli belah, tu diaaa..hujan selebat2 nya sampai tak nampak jalan and siap kilat petir lagik.Abah berhenti kereta kat medan selera area Salak Tinggi sebab tak nampak langsung jalan.Adalah dalam 15 minit kita orang berhenti.Takut woo nak lalu dalam hujan.Ngan air dah bertakung kat jalan pe semua.

So, bila dah ok hujan, teruskan le perjalanan balik ke Melaka.Pergh..singgah makan pe semua, kol 8.15 pm baru sampai umah.Luckily kat dalam kereta, bebudak ikut time tido.Lena lak memasing tido.

Melaka-LCCT-Bagan Lalang-Melaka

28 Nov

Perjalanan setat kol 9.15am dan sampai rumah semula di C4777 pada 8.15pm.

Will update later..

Malam Aidil Adha

28 Nov

Ending Nur Kasih sungguh tak logik..issshh..separa tak logik le..kenapa aku cakap gitu?

  • Ada ke dah selamat kat India sana, keluarga langsung tak diberitahu.Mana mungkin.Paling koman, orang kedutaan Malaysia akan bagi chance kita call keluarga.
  • Or maybe si Adam nak buat gimik tetiba balik ke Malaya.Tapi mana mungkin.Cuba ko korang tersadai tanpa sebarang communication ngn family untuk jangka masa yang lama, first thing bila terselamat, kompem le nak contact keluarga kan?

Tuh le aku rasa tidak logik nya pengakhiran cerita ini.Ishh..potong stim tol!

Pastuh , aku layan Taubat Nasuha.Ahaaa..pada mak-mak atau bapak-bapak, kalau nak marah anak-anak, jangan keluarkan perkataan yang akhirnya memakan diri.Bak kata pak mentua si Mizi lakonan Dato Jalaludin tuh, “kalau tak suka, pulangkan aje“..perghhh..ending citer nih tragis.Aku budget anak-beranak tuh paling koman eksiden .Tapi rupa nya , penyangak perompak ikut depa balik umah and bunuh srang demi sorang.Oh, takleh aku imagine woo.Sekelip mata hilang semua.

Ok la, nak layan Setem tapi ntah-ntah Setem tengok aku lak.Kihkihkihkih…

Nur Kasih

27 Nov

Malam nih Nur Kasih, episod last kan?So adakah sama sinopsis yang kita dapat dgn malam nih punya episod?Meh kita tengok.

Oh, amcam ngan Aidil Adha anda?Ours?Macam biasa.Mama masak nasik minyak berlawan dengan rendang daging and ayam . Pulak tuh this year, Nenek Melaka order banyak kuih-kuih.Kuih koci, kuih kole,roti jala and mama order kuih talam, karipap n kek kukus.Pergh, dok asik ulang tayang makan je le.Lepas satu masuk mulut, diikuti dengan yang lain.

raya

Seriyes, bila balik c4777, aku jarang online sebab kawasan umah agak luas, zara since dah dapat kaki jangan harap dia nak duduk setempat.Asik meronda je ngan kedek2 dia.lepas 5,6 langkah, gedebub jatuh pastuh sambung jalan lagi.Sampai le ntah celah mana dia masuk.

Ok la, mau tengok ikan di farmville.:p

Salam Aidil Adha

27 Nov

Pepagik anak-anak dara dah bergaya dengan baju kurung..

aidil adha

Salam Aidil Adha dari kami sekeluarga..