Breastfeeding and Me

Firstly, masih ada yang tertanya tak apakah itu breastfeeding?Rasa nya semua orang dah sedia maklum plus mana-mana parents baru pon nak dig and search about breastfeed nih.

Aku?

My first daughter, aku managed to breastfeed her dalam 6 months aja.Kenapa kejap?Sebab bila dah di introduce solid she reluctant to breastfeed. And yes, Hanum bukan exclusive breastfeed. Since born dia dah di campur dengan FM.Why?Blame it to Putra Hospital yang pada aku , time 20.09.2006 tuh , hospital tuh belum lagi breastfeeding friendly kot.Aku tak tau sekarang.So, terbenti la perjalanan bf aku ngan Hanum waktu dia umur gitu.

My second daughter, zara aliyah yang hari nih hampir masuk 11 bulan still lagi aku breastfeed dan aku tak campur any FM ( Formula Milk ) ke dia. So, dia hanya BF dan makan apa yang aku suapkan untuk dia.Her development?growth?Alhamdulillah..mengikut apa yang sepatutnya budak umur nearly 11 months punya development.She can walk few steps, berdiri with no problemo, menjerit , bercakap suku kata terhad and so on.

Bab bila citer breastfeed nih, mmg hati kena kuat actually. Sebab apa?Kalau stress, kalau period mai ,kompem susu akan jadi kurang and kita leh tengok reaction baby akan resah bila nyusu. As if cuba menyampaikan “mama, susu sket la“. But being a baby, dia hanya tau menunjuk rentak tak puas hati dia kat kita. And as a mother, kena paham la.

Bab makan, kena jaga. Jgn skip makan.Kalau memang dah sampai waktu untuk take your breakfast, jgn skip even busy macamana pon. Amik la dua keping roti and milky drink ( case aku..nescafe ais yang mmg jadi candu aku pepagik!) and masuk tengahari, petang atau malam,make sure makan. In between, sama gak.Jangan skip and kalau lapar je , makan. Tuh pasal aku kerap makan.Memang asik lapar.Kalau dahaga, jangan citer la.Memang asik haus je.Sekejap-sekejap bukak fridge nak minum.Penah jadi kat aku, gap aku amik meal jauh sangat.Tu dia, gastrik pon muncul.Lagi menambah2 stress. Bila stress, paham-paham aja la.

Sokongan semua pon menjadi salah satu faktor berjaya nya kita breastfeed anak kita.Bukan aja bapak nya kena encourage malah the whole family kena mainkan peranan. Abah aku selalu tanya kat Mama ” Zara minum susu apa?” Maybe sebab dia tak penah nampak aku bancuh susu untuk zara.Mama explain la kat abah.And sekarang soalan tuh kurang la keluar dari mulut atok zara nih.Kalau dia nampak zara macam asyik gila makan, nanti ayat nih akan keluar ” alahai, kesian cucu atok..mana cucu atok?kiss atok ..kiss atok” ( zara pon hulur mulut dia nak kiss atok..tinaju betul!)

Note: tinaju dalam bahasa bawean adalah cucu perempuan kesayangan.

And bila breastfeed, jangan segan2 untuk bf anak kita di public area.Beli je Nursing Cover. Even cousin ku dila pon ader her own online shop for Nursing Cover. Klik here kalau nak tengok and beli. Dulu-dulu memang jarang ader item2 mcm nih untuk the mother yang bf kan anak2. Nak gie baby room, tak semua tempat ada baby room.So, skrg nih dah macam2 item boleh di beli online atau di kedai2. Sediakan duit je.

As for aku, aku still direct feeding zara. Belom lagi nak perkenalkan dia pada botol.Even aku tak penah pam and simpan EBM coz aku rasa belom sampai lagi keperluan aku nak mengepam. And bayangkan la, tiap jam zara dok mengempeng kat aku.Mana tak aku asik lapar, haus je.Memang dia kuat minum.Bila kuat minum, aku kena la kuat makan and minum gak.

So, pada ibu2 yang still breastfeed, sila kan selagi anda termampu. And pada ibu2 yang bagi FM pada anak-anak, mungkin anda ada cerita sebaliknya kenapa kena bagi FM. Tak kisah la, yang penting anak sihat and kuat cergas bagai johan!

And bila citer bab FM nih, teringat kat nephew ku Danial Ammar itu. He is 5 years old and still dengan bottle. Alhamdulillah badan dia kental bukan lembik ye. Lain tau debab lembik and debab kental. Nephew aku nih, ko terai le cubit, memang kental ya amat. And his development mmg wallaaaa.Orang selalu tengok dia, ingat dia umur darjah 2 atau darjah 3. Padahal baru 5 tahun.Hehehhe…

So..pada bapak-bapak yang ada isteri yang BF, berikan support. If sang isteri dah memang angkat bendera putih taknak BF teruskan dengan FM. Yang penting biar anak sihat dan development mengikut yang sepatutnya.

Happy Wednesday people!

Comments
  • .DiDee LaLa.

    owh… awak ngan dila bersaudara rupanya… ai oso bought that nursing cover guna untuk cover activiti mengepam kat opis. hehehe

  • arin

    D-Dee: Haah..kami bersaudara ( ayat skema gile ). Mama dia dan mama saya adalah adik beradik.

  • mama long

    Badan abam kental sebab dia suka main ultraman and slide macam goal keeper!

  • arin

    mama long: haah..pastuh yang lagi dua budak pompuan tuh pon ikut..

  • semoga dpt fully bf zara sampai 2 tahun!~ yay!
    marsha´s last blog ..Selsemaaaaa.. Huhuhu My ComLuv Profile

  • arin

    marsha: same goes to you with bakal baby yang akan lahir nanti..chaiyok chaiyok!

Leave a Comment
CommentLuv Enabled