Liku Hidup
26 Dec
Dari kak jie nye statement which is aku agreed ngn dia..
Kadangkala yang sering terjadi, orang yang paling rapat dengan kita itulah yang
sering menyakiti hati kita…
Kerana mereka seringkali menyatakan yang benar
tentang kita, menjadi mata kita untuk memberitahu apa yang tidak kena pada diri
kita..
Orang yang paling dekat itu juga yang paling jauh dari memahami
kita..kerana mereka selalu berfikir mereka mengenali kita sama seperti kita yang
dulu sehingga mereka tidak sedar kita telah berubah…pada hati juga pada
pendirian…
Itu semua sebenarnya tidak penting samaada org lain ‘kenal’ kita
atau tidak, kerana yang penting adakah kita sendiri mengenali diri kita
sendiri…
Apa yang kita mahu dan apa yang kita rasa juga yang kita perlu…yang
merasa sakit itu kita, yang merasa tenang itu juga kita…
Kadangkala kita ingin meluahkan perasaan, tapi bila sudah terluah kita berfikir adalah lebih baik kita tidak melakukan demikian…
Bila kita sudah melukakan hati seseorang yg dekat dgn kita baru kita sedar akhirnya hati kita juga yg merasa pedihnya…dan
kita berfikir lebih baik kita pendamkan saja dan satu masa nanti biar ia hilang
dengan sendiri sehingga kita pun terlupa kita pernah merasa sebegitu..
Ia ibarat mimpi yang kita lupa setiap kali terjaga dari tidur…dan kita pun
meneruskan kehidupan ini dengan lebih baik lagi tanpa ada penyesalan…





