Agenda hari Ahad adalah ke Zoo Melaka. Last year dah pegi zoo melaka. Nih best sket bawak budak2 nih sebab memasing dah besar and dah reti tau animals and such.
Aku n mr hubby mmg suka ke zoo. Waktu preggy Hanum, aku melawat Zoo Melaka nih. Then waktu Hanum dah keluar, dok suka ke pegi ke Zoo Negara. Pastuh, preggy zara, pon ke Zoo Negara gak. Last year waktu Abam Danial nye tadika buat rombongan ke Zoo Melaka, kami ikut gak.Tapi time tuh Zara baru 6th months kot.
So, kali nih bawak mmg best. Pantang nampak animals berkumpul, zara sure sebut shooh..shoosh..Hanum lak, excited. Pulak tuh, orang tak berapa ramai sangat. SO mmg best la. Cuaca tak le panas sangat. Berangin. So, mood bebudak ok la.Standard le gie zoo. Kene le berpanas. Kalau tak nak berpanas, gie le shopping complex.Heheheh..
- untuk kenang-kenangan..gambo depan entrance -
- tgk tuh, hanum excited dok baca signboard..unta tuh pon sedey je aku ngk. cam tak sihat je -
- zara layan perasaan dalam stroller -
-susu time for anak-anak and elephant show at 12pm. layan ..pas je show, zara pon tido..-
- lepas habis satu pusingan, kita naik tram lak..-
Antara info yang aku leh share ialah :
- Entrance Fee for adult : RM7 sahaja.
- Kanak-kanak bawah 5 tahun : FREE
- Tram : Adult : RM2 seorang, Kanak-kanak : RM1 seorang.
- Food stalls, A&W ada dalam tuh.
- Bangku berehat banyak. Siap ada area pangkin kot2 anak nk tido.
- Tapi zoo melaka kurang mesra bagi pengguna stroller / kerusi roda. Kawasan kecik untuk lalu dan tak berturap betul. Kalu Zoo Negara mmg tip top kemudahan untuk those yg bawak stroller / kerusi roda.
Akhir nya AEON ini di buka setelah kes meletup dek kebocoran gas tengah bulan 12 tahun lepas. Kira nya AEON ini shopping complex yang terbesar kat Bandaraya Melaka le.
So, hari Sabtu kami dah buat rombongan Cik Kiah ke sini. Hajat hati mau pusing2 dan tengok suasana je.Belum sampai lagi, jem nya amat dasat. Parking bay memang banyak..tapi manusia yang datang pon harusla ramai . Tapi rezeki bawak budak-budak 3 kenit nih, mudah je kami dapat parking. Dekat ngan entrance lagi. Mr Hubby siap cakap ” kalau dia, dah tengok jem gile packed camni, mau dia tak masuk ” . Kompem berpusing cari parking dah satu hal..
Masuk2 je AEON nih , Babah Long udah kelaparan. So , pit stop pertama adalah mencari tempat makan. Bayang kan, hampir kesemua fast food, slow food ( ada ke term nih ?) semua nya penuh. Ye la, time tuh dekat kol 6pm, mau nye tak semua kelaparan. So, kami ke Papa John saje. Ala2 mcm pizza hut. Price pon lebih kurang sama. Tapi breadstick dia cicah ngan garlic sauce memang terbaek la. Sedap and murah. Pack of 6 breadsticks = RM3.90 . Pizza lak ala2 Mexican gitu.Kira nya ok la rasa and service nya. Cuma sebab orang ramai sngat, agak packed kedudukan kerusi meja kat situ.

– Tuh hanum and abam danial menikmati sungguh breadstick nya..-

- Bila dah kekenyangan, ini la hasil nya. Main bawah meja! -
Tapi , pada aku AEON nih, kedai2 nya can do la. Tak banyak branded shops. Ye lah , nak accomodate purchasing power orang-orang di Melaka. Kang bukak kedai branded, jadik nasik lemak bungkus lak nanti. Tapi aku tak jelajah habis. Nanti la, bila dah reda semua baru leh pusing2 lagi. Mabuk tengok orang ramai nau hari tuh.

Aku memerlukan pagar hikmat ini sekarang. Very badly . Sebab zara udah terar naik turun tangga. Lagi si cakap ‘haip’ ..lagi laju dia naik. Pantang lepa kejap cam semalam, laju je dia naik .
So far kengkawan dah bagitau mana nak dapat. Well, aku tau ada jual kat MotherCare and such. Tapi wa talak ada moolah banyak untuk beli mahal-mahal. Nasib baik kak nita and addery ada give some ideas. Thank you.So lepas nih mencari di JJ or kedai di Jalan Hang Tuah nanti. Hopefully tak mencanak rege nya sebab aku nak beli dua. Satu untuk atas and satu untuk bawah. Kang bawah je berpagar, kat atas di togel kan lagi bahaya!
Pix : google
Baca artikel di Utusan Malaysia Online mengenai mengatasi sifat panas baran. Sesetengah orang tak ‘ternampak’ dia mempunyai sifat ini sehingga orang lain memberitahu.
Antara yang boleh di lakukan untuk berdepan dengan mereka yang sifat panas baran ini :
- Membaca ruqyah (sejenis doa atau ‘jampi’ syar’ie) dengan ayat 69 dalam Surah al-Anbiyaa’ ini semasa barannya muncul: Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! (21:69)). Mudah-mudahan Allah menyejukkan barannya seperti mana api yang membakar Nabi Ibrahim disejukkan dengan izin Allah. Amin.
- Mencuba bacaan ruqyahdari Surah al-Naml, ayat 30: Sesungguhnya (perutusan itu) dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (27:30).
- Memperbanyakkan istighfar kerana dalam Surah Hud, ayat 3 Allah menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan bagi orang-orang yang memohon keampunan dari-Nya dan bertaubat (pulang menyerah diri untuk taat kepada-Nya)
- Mencuba bacaan ruqyah dari ayat 200, Surah Ali Imraan yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (dalam menghadapi segala kesukaran), kentalkanlah daya kesabaranmu, sabarkanlah di antara kamu, perkukuhkanlah ikatan sesama kamu dan bertakwalah kepada Allah. Semoga Allah Menentukan kamu akan Berjaya (akhirnya). (3:200)).
- Bacalah Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi shay’un fil ardhi wa la fissama’ wa huwassami’ul alim. (Maksudnya: Dengan nama Allah yang terpelihara segala sesuatu dengan nama-Nya daripada apa-apa yang memudaratkan sama ada di bumi atau di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.) Menurut baginda, sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu petang; begitu jugalah apabila ia dibaca tiga kali pada waktu petang, maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu pagi. [Sumber: Sunan Abu Daud, juzu' 3, hal. 132, bil. 5088].
So, pada mereka yang berhadapan dengan situasi sebegini, amalkan la amalan2 di atas.
SOURCE : HERE
Jangan jeles, sekarang klebang besar dah ada Dataran Klebang. Alaaa tuh pon sempena Tok Jib and Kak Mah nak mai. Area Klebang Besar yang di tambak tuh, hampir sepenuhnya digunakan. Ada stage, letak segala mak nenek benda.
Since malam nih ada pelancaran Gegar 1Malaysia nih,manusia penuh depan rumah nih. Stage pon dekat je ha.Loud and clear leh dengar. Manusia?Jangan cakap la. Kata nya 50K manusia akan datang. Tak pasti pelusok mana datang nya. Tapi bus-bus yang park dekat umah nih plat number macam2 yang ada.
Nih gambar petang tadi , saje dok amik. Kawasan meja kerusi , stage tuh semua kawasan tambak. Baru je tambak. Bayangkan kalau dengan kapasiti manusia yang ramai and segala benda atas tuh, ada kemungkinan mendak tak ?Ngeri mau pikir. Takpe, Melaka ramai orang bijak pandai yang tau mengatur dan tinggi ilmu2 nya..:P

- heli dok pusing2. tgk kawasan kot -

- meja kerusi memenuhi kawasan tambak. ramai nye manusia yang akan datang –

- stage yang bakal di gegarkan malam nih -

- red carpet. dari hujung tambak sampai ke stage. jauh nya vip kena jalan -
Supposedly, last month aku patut dapat 1 cheque from Nuffnang, yang aku cash out kan pada 30.11.09. Logik nya, mcm biasa bila dapat email Payment Advice from HSBC, meaning cheque dah sent and tunggu la, paling koman seminggu akan dapat ( selalu nya la ) . Tapi, last mth, aku tunggu punya tunggu tapi tak sampai2 .
Then aku email ( thru faq ticket tuh ) , and tanya.At first depa misunderstood sebab ingatkan cheque yg aku maksudkan adalah cheque yang aku cash outkan pada 30.12.09 lepas. Tapi nasib baik le aku still simpan lagi email Payment Advice for cheque yg di cash outkan bulan 11 tuh. So, tap tup depa reissue balik cheque untuk yang bulan 11.
And today, dapat email lagi satu for payment advice untuk cheque yang di cash outkan bulan 12. Dan ditambah pula ada email Notification from NuffnangFinanceMY mengatakan cheque on the way. Sebelum2 nih tak penah dapat email notification tuh. Maybe ada lah lagi umat lain yang kes lebih kurang aku.
One thing bout Nuffanng staff nih, depa reply kita nya FAQ cukup pantas. And action taken pon cepat.
Tuh aja nak citer. In case menunggu cheque tak sampai2 setelah lebih seminggu dari tarikh Payment Advice email di hantar, sila la revert balik pada Nuffnang nya team.
Happy Thursday people!
Tak la tapi mood untuk update mcm takde.
Why?
My mind occupied dengan banyak benda yang tak mampu diterjemah thru blog ( pergh..ayat..), But betul, kepala seperti tak mampu nak isi dengan banyak benda. All i want to do is duduk sesenyap tanpa di ganggu oleh sesiapa.
So sekarang ini , adalah untuk bergerak ke hadapan tanpa pikir apa-apa yang meng’jam’ kan kepala ku ini.
Sekian terima kasih..

Source : HERE
Kanak-kanak mana yang tak suka main kat playground kan? Indoor atau outdoor semua nya depa suka.
Petang tadi bawak kanak-kanak ni ke Mcdonalds di Fajar. Old school Mcd nih walau interior dia dah tukar. Zaman dari aku sekolah rendah lagi dah ada McD nih.
Aku suka bawak kanak-kanak in once a while keluar ke playground sebab depa leh explore and also tukar2 angin. Dok asik terperuk , main kat luar umah pon kompem bebudak nih bosan je.
Kalau tengok gaya diorang main, imaginasi cukup tinggi bebudak nih. Ada aja idea nak create satu permainan. Padahal kat playground McD nih bukan banyak sangat mainan dia.
Nih gaya cik puan muda zara yang dok nak memanjat slide and nak follow Hanum and Abam Danial.

Nih lak gaya hanum main. Dia kalau main memang tahap imaginasi amat tinggi. Dia leh layan main sorang2 punya la lama.

Nih lak, antara aksi aku melayan bebudak nih. Makan pon kadar segera sebab zara dok asik nak memanjat tak sudah2.

So pada parents kat luar tu, sekali sekala bawak la anak2 keluar and main kat playground. Tak kisah la indoor ke outdoor.Tapi aku memang suka bebudak nih main outdoor lagi sebab biar peluh keluar. Tuh yang best. Masyam je sorang2 lepas main.